Tuesday, February 2, 2016

Pukul Penumpang! Lesen PSV Dibatalkan! #SPAD


Bulan sudah viral video pemandu bas ekspres memukul penumpang bas hanya kerana penumpang tertidur di kerusi pemandu. Mungkin ada dikalangan pembaca berpendapat apa jadah penumpang bantai tidur kat kerusi pemandu. Namun itu tidak bermakna kita boleh mengambil tindakan menghukum ditangan sendiri.

Kejadian yang berlaku pada 25 Januari lepas benar-benar mengejutkan kalangan facebooker. Majoritinya mengutuk tindakan pemandu bas terbabit. Sehubungan dengan itu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah melakukan siasatan terhadap saksi dan pemandu bas.

Tindakan perundangan telah dibuat terhadap syarikat pengendali bas pada 1 Feb lepas kerana melanggar syarat-syaray lesen terutamanya memastikan disiplin pemandu bas dalam menjalankan etika ketika bertugas. SPAD turut mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhismatan Awam (PSV) pemandu biadap terbabit.

Keganasan dikalangan pemandu perkhidmatan awam ini bukan pertama kali kita dengar. Banyak juga laporan berkaitan sikap samseng mengenai pemandu teksi dan ada juga melampaui batas membuat gangguan seks terhadap penumpang. Pihak SPAD tidak berkompromi terhadap salah laku yang dikategorikan jenayah. Pendakwaan dan hukuman setimpal akan dipastikan terlaksana terhadap pesalah.

Pemandu bas samseng tadi difahamkan telah diberhentikan kerja oleh syarikat pengendali. Manakala SPAD turut bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia dalam membuat siasatan susulan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Perisik ingin mengingatkan bahawa pengguna perkhidmatan awam perlu tampil mempertahankan hak bila diperlakukan biadap oleh mana-mana pengendali industri perkhidmatan awam. Pastikan maklumat mencukupi seperti nama syarikat, nama pesalah, serta ambil gambar sebanyak mungkin bagi memudahkan kerja siasatan dan pendakwaan.

No comments:

Post a Comment