Sebagai rakyat Malaysia pelbagai pencapaian sudah negara kecapi sejak dari selepas kemerdekaan. Pendapatan negara meningkat, teknologi semakin pesat, manakala semakin ramai individu dan kumpulan mengukir nama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Tapi sebagai negara paling tinggi kadar kemalangan jalan raya adalah satu rekod yang membimbangkan. Pada tahun 2014 saja kita telah mencatatkan 476,196 kemalangan jalan raya. Angka tersebut terus meningkat pada tahun 2015 dengan catatan 489,606 kemalangan.
Kadar kematian juga meningkat pada tahun lepas yakni sebanyak 6,706 atau purata sebanyak 18 korban jalan raya sehari. Pengguna motorsikal adalah antara yang paling tinggi direkodkan maut. Tapi apa yang menjadi punca kepada kadar tinggi kemalangan jalan raya ini?!
Menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Sebanyak 80.6 peratus kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kesilapan manusia. Selalunya berkaitan tentang sikap pemandu itu sendiri. Manakala 19.4 peratus pula adalah disebabkan oleh kondisi jalan raya dan kenderaan.
Walau sudah banyak kempen kesedaran keselamatan jalan raya dibuat. Angka kemalangan saban tahun tidak menampakkan trend menurun. Namun begitu tidak bererti tiada manfaat diterima dari kempen yang dijalankan. Cuma peningkatan kadar kemalangan ini perlu juga mengambil kira pada penambahan jumlah pengguna jalan raya yang baharu dari tahun ke tahun.
Bererti bila kempen kesedaran diterima oleh pengguna sedia ada. Bermakna akan ada pengguna BAHARU lain yang tidak peka menititberatkan hal keselamatan jalan raya. Jadi kempen begini perlu dilaksanakan dengan konsisten berterusan. Pengisian dan penyampaian kempen mungkin akan berlaku perubahan supaya bersesuaian dengan peredaran masa.
Oleh yang demikian satu Kempen Keselamatan Jalan Raya SAFE STEPS telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Kempen kali ini menampilkan bintang antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Dutanya. Model penyampaian kempen adalah menggunakan laman sesawang, bahan cetakan dan video.
Disamping itu, Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) akan dilaksanakan. Namun masih dalam peringkat kajian bagi melihat maklum balas pengguna.
“Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi maklum balas memberangsangkan berhubung sistem Kejara yang akan dilaksanakan hujung bulan hadapan." kata Tiong Lai
Akan tetapi semua kempen ini tidak akan berjaya selagi sikap pengguna jalan raya tidak berubah. Masih dengan sikap pentingkan diri sendiri dengan membawa laju, potong barisan, langgar lampu isyarat merah, berlumba dan lain-lain. Sikap dinyatakan ini adakalanya memangsakan pengguna jalan raya lain yang tidak berdosa. Jadi janganlah kita terlalu mudah menuduh semua ini salah kerajaan!
No comments:
Post a Comment