Monday, February 22, 2016

Capai 1.5 Juta Sehari Tidak Mustahil Bagi Prasarana


Sasaran mencapai 1.5 juta ini adalah bagi jumlah penumpang keseluruhan rangkaian perkhidmatan seperti LRT, monorel dan bas di bawah Prasarana. Angka ini mungkin nampak besar, tapi ia bukan sesuatu yang mustahil berikutan Prasarana sudah melebarkan jaringan perkhidmatan berperingkat-peringkat seperti sambungan jajaran LRT Ampang pada 31 Mac dan juga Kelana Jaya pada 30 Jun nanti.

Kemampuan Prasarana sememangnya tidak dipertikaikan kerana boleh dikatakan satu-satunya organisasi yang memiliki jaringan perlbagai perkhidmatan awam darat di negara ini. Ia merupakan satu kelebihan Prasarana berbanding pengendali perkhidmatan awam darat yang lain.

Kelebihan ini dikongsi bersama warga Malaysia dan ia sudah terbukti meningkatkan mobiliti rakyat ke destinasi sekitar Lembah Klang ini. Tidak lama lagi MRT pula akan mula beroperasi. Jaringan sepanjang 51km dari Sungai Buloh ke Kajang ini sahaja bakal digunakan seramai 400 ribu pengguna sehari!

"Prasarana sedang menaik taraf sebanyak 60 stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi menambahbaik lagi perkhidmatan serta memberi tarikan baru kepada suasana pengangkutan awam. Tidak ketinggalan juga kepada perkhidmatan monorel" kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif , Datuk Azmi Abdul Aziz ketika membuat lawatan di stesen LRT.


Turut hadir dalam lawatan khas sempena kejayaan Prasarana mencatat sejuta penumpang di Kuala Lumpur ini ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam.

Matlamat Prasarana adalah ingin mewujudkan suasana ceria dan santai buat pengguna dengan kemudahan seperti tempat makan dan minum di setiap stesen terpilih. Bukan sekadar tempat menunggu dengan tempat duduk sahaja. Ia menjadi satu tambah nilai buat perkhidmatan awam Prasarana disamping dapat menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan awam. 

No comments:

Post a Comment