Thursday, December 13, 2012

Pakatan Gelabah Hilang Undi Kaum India


Gerakan demo IC semalam adalah sekadar platfom parti pembangkang untuk meraih simpati pengundi kaum india di negara ini. Ini kerana  majoriti pengundi India di negara ini sudah kembali menyokong dan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kaum India sudah menilai dan melihat sendiri selama lebih empat tahun pakatan mendapat mandat di beberapa negeri. Apa menifesto untuk kaum India yang telah pakatan laksanakan? TIADA! 

Diburukkan lagi dengan beberapa insiden yang dicetuskan pakatan seperti isu pembangunan di Batu Caves dan penganiyaan penduduk Kampung Buah Pala.



Disebabkan kelemahan dan penzaliman pakatan sendiri mereka menggelabah mendapatkan balik kepercayaan kaum India. Peluang yang mereka nampak adalah isu kad pengenalan ini? Maklumlah PRU dah dekat.


Kesimpulannya Pakatan mengelirukan kaum India yang kononnya dianiaya kerajaan. Hakikatnya mereka sebenarnya yang menganiaya dan cuba menutup kejelikan dengan demo ini. 



Perisik: Pakatan kerisauan setelah beberapa siri jelajah dan ceramah mereka semakin tidak mendapat sambutan rakyat. Paling memalukan apabila pemimpin mereka Anwar turun pun tak ada sambutan!


No comments:

Post a Comment