Sunday, May 28, 2017

Kit Siang Panik Dokumentasi Tentang Beliau Rasis Bakal Diedar


Lim Kit Siang (LKS) semakin tidak senang duduk dengan tindakan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang bakal menghasilkan buku mengenai sikap rasis pemimpin kanan DAP tersebut. Pelbagai usaha dilakukan oleh LKS bagi memburukan TSAM di media sosial dan portal online namun dokumentasi mengenai beliau tetap akan disiapkan bagi rujukan rakyat.

Perkembangan ini bukan sahaja meresahkan LKS malah seluruh DAP memandangkan usaha mereka untuk membersihkan imej rasis akan terbantut. Kita sudah masak dengan wayang dimainkan oleh DAP dalam memberi bantuan kepada sekolah tahfiz dan biasiswa kepada anak melayu. Semua ini hanya berlaku bermusim. Di masa lain, para peniaga melayu terus ditindas di Pulau Mutiara terbabit.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan pembabitan anak LKS, Lim Guan Eng dalam rasuah pembelian banglo dan jualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang. Dua anak beranak ini nampaknya sudah menjadi liabiliti yang tidak sanggup DAP bawa bersama dalam parti mereka.

LKS sudah tahu dirinya berada pada kedudukan genting. Buku mengenai rasisnya beliau bakal siap dan diedarkan ke seluruh negara. Bila ini berlaku, tiada topeng yang mampu menutup wajah ultra-kiasunya di mata rakyat. Pengundi-pengundi melayu, cina dan india akan dapat mengenali sisi gelap beliau yang cuba diselindungi oleh pihak parti.

Jangan lupa dengan slogan Malaysian Malaysia yang dilaungkannya satu ketika dulu. Kononnya bagi memperjuangkan hak samarata. Namun tiada satu contoh samarata pun yang berjaya ditonjolkan oleh parti dokongannya. 

Lihat sahaja pemilihan CEC, adakah jawatan diberikan samarata kepada ahli melayu dan india. Kesudahannya tiada langsung melayu dalam barisan kepimpinan tertinggi DAP sekarang ini. Baru dalam parti sendiri pun LKS sudah gagal dalam perjuangan slogannya!

Lihat pula tindakbalas LKS dalam hal ehwal Islam dalam pembentangan RUU355. Beliau dengan biadap menentang RUU355 ini. Walhal RUU ini tiada kaitan langsung dengan bukan Islam tapi dihalang keras oleh beliau. Bukankah ini jelas satu sikap rasis? Bila perangai buruk sudah sebati, lama kelamaan akan tertunjuk dengan sendirinya tanpa desakan.

Itu baru sebahagian sikap rasisnya. Selebihnya kita nantikan dari dokumentasi yang bakal diedarkan. 

No comments:

Post a Comment