Tuesday, April 14, 2015

Save Malaysia? Wayang DAP Yang Tak Laku



Siapa tidak kenal dengan sikap bermuka-muka puak pembangkang terutamanya DAP. Dalam keadaan perbalahan pembangkang antara PKR-DAP dengan PAS dalam isu hudud. Semakin kelam kabut dan berpusing-pusing kenyataan yang dikeluarkan oleh tiga parti ini.

PAS yang konsisten dengan perancangan untuk membentuk negara Islam dan langkah pertama mereka adalah dengan melaksanakan hudud. Namun usaha mereka ini perlu diusulkan ke Parlimen untuk dibahaskan. Perkara ini telah meresahkan DAP sehingga terpaksa memainkan wayang dengan mecadangkan gabungan ahli-ahli politik yang dinamakan "save Malaysia".

Cadangan ini kononnya adalah bertujuan untuk memartabatkan Perlembagaan Persekutuan serta mendaulatkan undang-undang. Jelas wayang yang dimainkan DAP tak laku malah menerima kritikan keras oleh MCA.

Melihat kepada tujuan DAP sahaja, sudah cukup menggambarkan penipuan yang cuba dilakukan oleh parti roket itu. Parti yang terkenal dengan perlanggaran undang-undang, menghina polis, menghina agama dan menggalakkan kekerasan boleh pula tiba-tiba hendak mendaulatkan undang-undang. Muyskil sungguh!

Ternyata semua ini hanyalah wayang bagi memancing dan mengelirukan pengundi cina yang kononnya mereka tidak bersetuju dengan hudud. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menemplak sikap DAP yang bermuka-muka bersama pengundi cina. Depan cakap tolak hudud, belakang disokong pula.

Ini kerana, DAP dalam gabungan awal-awal bersama PAS sudah tentu tahu bahawa parti bulan akan terus dengan agenda negara Islamnya. Jadi alasan dan respon DAP-PAS ini adakalanya kita lihat tidak ubah hanya sekadar berlakon gaduh bagi menjaga pengaruh dikalangan pengundi masing-masing. DAP nak jaga hati pengundi cina dengan menolak hudud dan PAS pula nak jaga hati pengundi Islam dengan laksana hudud.



No comments:

Post a Comment