Monday, April 13, 2015

Kereta Sapu & Ulat Teksi Caj Pelancong RM800!


Memang giler harga yang dikenakan oleh perosak-perosak industri pengangkutan awam seperti pemandu ulat teksi dan kereta sapu ini. Kerana segelintir yang tamak, habis rosak seluruh nama industri teksi. Kesudahannya kerajaan pula yang perlu menggerakkan usaha bagi memperbaiki imej perkhidmatan di mata dunia.

Bila sudah jelas melanggar undang-undang, apa lagi boleh dilakukan oleh penguatkuasa. Bagi kesalahan pengangkutan awam darat ini, amaran dan tempoh peluang sudah diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD). Sekarang tiada lagi peluang dan amaran.

Sekarang semakin kerap operasi-operasi khas dilakukan oleh pihak penguatkuasa SPAD di sekitar seluruh negara telah mengenakan tindakan tegas yakni sita terhadap semua kereta persendirian dan teksi yang dikesan beroperasi menyalahi Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad operasi dijalankan setelah membuat risikan dan maklumat selama empat hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menggerakkan operasi khas yang dikenali sebagai Ops Parasit

Ops Parasit ini adalah gabungan daripada 70 pegawai dan anggota yang terdiri daripada 47 pegawai penguatkuasa SPAD, 18 pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan enam anggota polis. 

Hasilnya sebanyak sembilan kereta sapu berjaya disita di operasi dinamakan Ops Parasit di sekitar KLIA. Turut diberkas adalah empat teksi yang dikesan tidak menggunakan meter. Seorang pemilik kereta sapu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan telah diserahkan kepada pihak AADK untuk tindakan lanjut.

Pengusaha kereta sapu ini boleh didakwa di bawah Seksyen 16 APAD 2010 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala ulat teksi boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment