Thursday, April 30, 2015

#PRKRompin Fitnah Auta Alat Kempen PAS



Meletak calon dengan latar berlakang agama, namun gagal dalam menzahirkan ilmu yang diperolehi. Calon PAS di PRK Rompin, Nazri Ahmad nampaknya tenggelam dalam gerakan kempen yang dibawa oleh jentera partinya yang penuh nista dan fitnah. Dia tahu mengenainya tapi tidak dapat menghalangnya kerana ikut arahan.

Bila matlamat menghalalkan cara, tuntutan pemimpin-pemimpin parti nampaknya lebih tinggi dari tuntutan agama. Difahamkan yang membantu kempen di Rompin adalah rata-rata dari puak PASMA yang merupakan mata dan telinga DAP dalam parti PAS. Pelbagai gerakan telah bermula dari dalam yang nampaknya cuba menonjolkan individu-individu tertentu di pentas kempen PAS di Rompin.

Tujuan tidak lain adalah bagi mencipta dan meraih sokongan sebelum pemilihan dalam parti . Antaranya mencabar kedudukan Hadi Awang selaku Presiden PAS. Jadi ucapan yang dicanang oleh PAS di Rompin bukan berkempen untuk calonnya akan tetapi menjadi medan pertempuran sesama mereka dalam menghadapi pemilihan akan datang.

Dari awal PAS tahu mereka tidak perlu bertanding tetapi tetap meletakkan calon demi kepentingan politik sampingan dalaman parti bulan tersebut. Pentas yang patut mengetengahkan idea calon dan apa sumbangan yang mampu diberikan kepada para pengundi menjadi ruang sebar fitnah terhadap kerajaan dan organisasi Felda.

Sambutan orang ramai hanya hangat kelihatan di awal kempen PAS. Selepas itu semakin berkurang kehadiran orang awam dan akhirnya bungkus. Rupa-rupanya yang ramai pada awal kempen dipenuhi oleh orang luar yang dikerahkan oleh parti PAS. Warga Rompin yang merupakan pengundi tidak menunjukkan minat dengan cara fitnah dan maki hamun PAS.



#TolakPAS
#TolakFitnahPembangkang

No comments:

Post a Comment