Thursday, April 16, 2015

Cuaca Buruk & Ombak Besar Tidak Halang Usaha Pencarian #MH370


Sehingga ke hari ini, Malaysia terus komited melakukan usaha mencari kapal terbang MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014. Tragedi hitam ini telah meninggalkan kesan bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia malah dunia kerana ramai ingin mengetahui kisah sebenar disebalik kehilangannya.

Data satelit yang diperolehi menunjukkan kapal terbang terbabit berakhir di Lautan Hindi. Maka disitulah pencarian tertumpu, namun cabaran yang dilalui oleh pasukan pencari bukan kerana lautannya yang luas. Tetapi terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan ombak besar setinggi 18 meter!

Operasi pencarian ini melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Australia dan China dan beberapa siri carian serta mesyuarat telah dilakukan bagi meneliti data-data berkaitan MH370. Sebanyak tiga mesyuarat Tripartile telah dilaksanakan iaitu pada Ogos 2014 di Canberra, 24 & 25 Mac 2015 di Perth, Australia dan terbaru pada 16 April 2015 di Kuala Lumpur. 

Mesyuarat Tripartile ini penting bagi mengumpulkan maklumat kawasan-kawasan carian dari setiap negara. Satu keputusan secara kolektif akan diperolehi melalui mesyuarat ini berdasarkan nasihat dan taklimat daripada pakar search strategi working goup (SSWG).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan kepada media menjelaskan bahawa hasil kajian segala maklumat yang terkumpul telah membawa kepada lokasi pencarian lebih spesifik di lokasi "7th Arc" di Selatan Lautan Hindi. 

"Harus ditekankan di sini bahawa 'handshake' dari data SATCOM yang telah dianalisa adalah khusus kepada pesawat MH370" jelas Tiong Lai lagi.

Berikutan itu lokasi pencarian telah dikecilkan kepada 60,000 kilometer persegi dan setakat ini Malaysia dan Australia masing-masing telah membelanjakan sebanyak AUD60 juta dalam misi pencarian ini. Tidak timbul yang kerajaan hendak menghentikan operasi pencarian seperti digembar gemburkan media pembangkang sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan keluarga mangsa.

"Sehingga kini, pencarian telah meliputi kawasan seluas lebih 37,000 kilometer persegi atu 61% dari kawasan utama." Tambah Tiong Lai.

No comments:

Post a Comment