Saturday, April 25, 2015

Kenali Calon BN #PRKRompin Hasan Arifin



Datuk Hasan Arifin yang terpilih sebagai calon bertanding di PRK P091 ini adalah calon kredible sebagai penyambung kepimpinan Allahyarham TS Jamaluddin Jarjis. Beliau yang memiliki pengalaman luas dilihat mampu memimpin dan menjadi wakil suara warga Rompin di peringkat negeri dan pusat. 

Ramai warga rompin melahirkan rasa gembira apabila Hasan diumumkan sebagai calon. Perasaan ini adalah berikutan track record yang telah ditunjukkan oleh beliau demi memajukan negeri Pahang dan menjaga kepentingan rakyat.

Amanah yang digalas sebagai mantan Timbalan Menteri Besar Pahang 1995-1999 menjadi profil penting kerana menjadi orang yang bertanggungjawab memangkin kerancakan ekonomi negeri Pahang.

Antara pembangunan yang berjaya direalisasikan adalah kawasan perindustrian Gebeng yang merupakan antara pusat kegiatan utama ekonomi Pahang, pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan) dan pembesaran Pelabuhan Kuantan.

Beliau juga sudah terbukti berjaya membawa limpahan ekonomi ke Rompin melalui projek Sawah Padi Paya Laka seluas 4,451.4 hekta di Kampung Sepayang Kuala Rompin dan 6,070 hektar sawah padi di Paya Setajam, Kampung Setajam.

Kegiatan politik Hasan bermula apabila menyertai UMNO pada tahun 1976. Kawasan Rompin dan Pekan merupakan tidak asing bagi beliau kerana pernah menerajui UMNO Bahagian Rompin pada 1990-2004.

Dalam pada itu, beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan Exco Kerajaan negeri. Selain itu, beliau juga pernah dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Latar belakang pendidikannya juga tidak kurang hebat kerana Hasan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, Manila, Filipina.

Melihat kepada latar belakang Hasan Arifin ini adalah bukti mengapa beliau selayaknya di pilih sebagai Ahli Parlimen Rompin. Jadi para pengundi PRK Rompin, tunaikan tanggungjawab #PilihBN #PilihHasanArifin.

#TolakFitnahPembangkang
#TolakPAS
#TolakKeganasan
#TolakHuruHara

No comments:

Post a Comment