Thursday, July 3, 2014
Tiong Lai Jangan Kalut Salahkan SPAD!
Aiseyman.. tak sampai sebulan jadi menteri, DS Liow Tiong Lai sudah pening kaitkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kejadian tanah mendap yang berlaku di persimpangan Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Pudu semalam.
Dari kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui tweet menyangka yang runtuh itu adalah terowong pembinaan MRT dan mengarahkan pihak SPAD untuk bertindak segera, walhal kejadian terbabit tiada kena mengena dengan suruhanjaya terbabit.
Perkara ini telah pun diketahui umum setelah Menteri Wilayah, DS Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan media menerangkan situasi serta punca sebenar kejadian. Ia adalah disebabkan oleh saluran paip pecah dan seterusnya melemahkan struktur tanah jalan terbabit.
Mungkin Tiong Lai terkilaf kerana terlepas pandang maklumat terkini mengenai kenyataan media oleh Tengku Adnan. Tapi kenyataan Tiong Lai yang semberono menunding SPAD telah memberi indikasi serta gambaran buruk kononnya kejadian tersebut adalah berpunca dari kelemahan SPAD. Ternyata beliau SALAH!
Diharap Tiong Lai lebih berhati-hati dalam mengkritik SPAD yang tiada kena mengena dalam portfolio Kementerian Pengangkutan. Kerana SPAD terletak di bawah Jabatan Pendana Menteri yang diselia oleh Menteri YB Hajjah Nancy Shukri.
Adalah lebih baik Tiong Lai memeriksa dan meneliti fakta sebelum ia memberi implikasi lebih buruk kepada beliau sendiri. Untuk lebih lanjut mengenai punca insiden jalan medap dengan terperinci boleh BACA SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment