Wednesday, July 31, 2013

Transformasi Ekonomi Di Laluan Keretapi Laju KL - Singapore


Dari sebelum PRU13 lagi dah dok riuh tentang keretapi laju pertama di Malaysia. Perancangannya rel keretapi laju ini akan menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Singapura. 

Jika projek ini siap kelak, ia bakal menyediakan dua jenis kategori perkhidmatan iaitu Ekspres yang meliputi perjalanan tanpa henti dari KL ke Singapura yang memakan masa 90 minit. Jenis kedua pula adalah Transit iaitu perkhidmatan henti-henti di tujuh lokasi yang sudah pun dikenalpasti.

Tuesday, July 30, 2013

Tolonglah Ganti Bas Sekolah Buruk Itu!


Bukan nak menghina atau merendah-rendahkan martabat pemilik bas sekolah lama. Tapi kalau usia dah melebihi 25 tahun dah tu ditambah pulak dengan modifikasi luar biasa sehingga ada yang menggunakan papan dan sekadar ala kadar membaiki bas yang boleh ditempatkan ke muzium.

Ada pula pemilik bas sekolah kategori uzur atau usang ini merasakan kenderaan yang menjadi sumber pendapatan mereka bertahun-tahun ini satu sentimental value. Membuatkan pemilik ini sukar melepaskan bas usang mereka dari pandangan.

Wednesday, July 24, 2013

Sejarah Hatrik Kuala Besut Jadi Kenyataan


PRK Kuala Besut diadakan berikutan penyandangnya A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun. 34 tahun lalu, PRK Kuala Besut pertama diadakan berikutan kematian ADUNnya, Zakaria Muda juga pada tarikh sama iaitu 26 Jun 1979.

Peristiwa 34 tahun lalu menyaksikan PRK berlangsung pada bulan puasa yakni sama dengan apa yang berlaku sekarang di Kuala Besut. 

Fitnah Saat Akhir PAS PRK Kuala Besut


Kurang 12 jam untuk para pengundi Kuala Besut menunaikan tanggungjawab membuang undi. Pelbagai fitnah cuba dilemparkan oleh pihak pembangkang terutamanya PAS yang ingin mencapai matlamat merampas DUN terbabit bagi mendapat keputusan 16-16.

Matlamat menghalalkan cara. Melalui pengarah PRK K. Besut, Datuk Husam, sekali lagi menjalankan M.O serupa ketika dirinya megah sebagai exco negeri Kelantan. Bila dicicirkan dari jawatan itu selepas PRU13, beliau tampak tidak menentu dan kemunculannya sekadar hangat-hangat tahi ayam di arena politik.

Saturday, July 20, 2013

Peringatan Buat Pemandu Teksi Berperangai Buruk


Ada peribahasa Melayu berbunyi - sebab nila setitik, rosak susu sebelanga yang bermaksud hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.

Itulah yang berlaku pada imej teksi di negara kita sekarang ini sehingga mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk menegur mereka semalam.

Thursday, July 18, 2013

Nak Naik Bas Ekspres? Ketahui Hak Anda!


Bila tiba bulan puasa, maka perancangan nak balik kampung dah kena dibuat awal. Antaranya beli baju, kuih, hiasan dan lain-lain. Paling penting medium pengangkutan yang bakal digunakan nak balik kampung nanti.

Jadi bagi yang merancang balik kampung menaiki bas. Ketahuilah hak anda serta situasi semasa sedang berlaku dalam industri pengangkutan awam di musim perayaan.

Sunday, July 14, 2013

Hina Islam Acara Bulanan Di Malaysia!


Dah semacam acara tahunan malah bulanan kita lihat mengenai serangan dan penghinaan dilakukan terhadap agama Islam. Dah jadi satu trend bagi segelintir bukan Islam yang sesekali malah berulang kali mempermainkan anutan majoriti rakyat Malaysia iaitu Islam.

Beberapa tahun sudah kita sudah melihat belang MP seputeh, Teresa Kok yang mempertikaikan laungan azan di sebuah masjid di Kinrara. Tidak lama lepas itu berlaku pula insiden memurtadkan orang melayu di sebuah gereja di Damansara. Ekoran daripada itu Hassan Ali dipecat dari PAS. Anda boleh cari sendiri pasal perkara ini.

Perangi Salah Laku Pengangkutan Awam!!


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini, mendedahkan statistik tangkapan tiga tahun salah laku para penglibat perkhidmatan awam yang berjumlah 8,602. 

Statistik salah laku ini melibatkan pelbagai kesalahan seperti teksi tidak menggunakan meter, caj berlebihan, bas sekolah haram dan ulat tiket di seluruh Malaysia khususnya bahagian semenanjung.

Hasil Kajian Keretapi Laju Hujung Julai Ni!


Ramai di kalangan ahli parlimen sudah mula tertanya-tanya sejauh mana usaha kerajaan dalam merealisasikan projek keretapi laju yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura ini.

Ada yang bertanya adakah landasan ini akan menghubungkan ke semua bandar besar semenanjung? Adakah Malaysia mampu melaksanakan projek ini? Bagaimana konsep dan mekanisme perlaksanaan projek ini kelak? 

Saturday, July 13, 2013

Ada Apa Dengan Arab Spring?


Istilah Arab Spring ini pada mulanya di anggap sebagai kebangkitan rakyat di timur tengah. Sebenarnya para pelapor media barat dilihat secara berlebihan mesensasikan isu-isu sehingga mengatakan bahawa kebangkitan Arab Spring ini membabitkan 17 negara!!

Senarai negara-negara yang dilaporkan terlibat dalam Arab Spring adalah:
- Algeria       - Bahrain   - Egypt       - Iran
- Iraq           - Israel     - Jordan      - Kuwait
- Lebanon     - Libya      - Morocco    - Palestine   
- Arab Saudi  - Syria       - Tunisia     - UAE          - Yemen

Sunday, July 7, 2013

SPAD: 8,602 Tangkapan! Pencapaian Atau Pengaiban?


Setelah tiga tahun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan sebanyak 11,156 operasi telah dijalankan dan 8,602 tangkapan berjaya dibuat oleh unit penguatkuasa SPAD. Statistik tiga tahun dari 2011 hingga Jun 2013 ini membabitkan pelbagai jenis kesalahan pengangkutan melibatkan teksi, bas, lori, ulat dan prebet sapu.

Soalnya, adakah angka ini satu kebanggaan rakyat negara ini? Jawabnya, sedikit ya dan lebih kepada TIDAK. 

Monday, July 1, 2013

Giler!! Bas Sekolah Papan Di Malaysia!


Macam-macam cara rakyat Malaysia nak lakukan penjimatan bagi mengawal perbelanjaan harian atau bulanan. Kalau kenderaan rosak, pasti ada cuba cari bengkel yang menyediakan perkhidmatan bagus tapi harga biar diskaun giler. 

Tapi diskaun yang diberikan kebiasaannya setara dengan khidmat. Jadi janganlah harapkan kualiti 100% bila anda perangai macam ni. Bak kata omputih "You Pay Peanuts, You Get Monkey".