Friday, August 10, 2012

Peserta Ternakan Ikan Sangkar Di Kelentong



Lebur segala usaha 195 peserta ternakan ikan sangkar di Pengerang, Johor apabila sebuah syarikat swasta yang menguruskan projek tersebut menghentikan operasinya. 

Perkara tersebut disahkan oleh syarikat terbabit melalui surat kepada peserta.

Macam ni punya syarikat pun ada ke? Masa mula bisnes, mencanang satu kampung ajak labur duit dalam projek, cerita gegar-gegar boleh buat untung besar. Dah tu, mereka yang tak mampu diajar pulak buat pinjaman. 

Paling lakhanat, semua duit pinjaman tu syarikat rembat. Kononnya buat modal nak mula projek ternakan. 

Macam manalah Syarikat yang diuruskan oleh mereka bergelar DATUK ni buat bisnes?  Takkan bisnes air liur, goyang kaki dan kira duit. 

Baik punya pancing, cakap pulak boleh bagi duit dividen tetap sebulan RM400. Modus operandi ni memang berlambak syarikat pertanian kontrak (contract farming) buat. 

Syarikat mungkin merasakan boleh terlepas sebab menjalankan operasi mengikut kontrak. Ikut kontrak tang mana? Tu yang bayar tiap-tiap bulan RM400 sejak 2007 sehinggalah Jun 2012.

Kiraan kasar lebih kurang RM24,000 dividen telah di bayar kepada peserta. 

Lagi baki pinjaman bank tu letak mana? Masuk perut ikan ker?

Sekarang pinjaman bank 195 peserta, siapa nak bayar? Buat pinjaman RM50,000 guna nama peserta, duit syarikat ambil, lepas tu cakap projek gagal. 


Peserta yang menjadi mangsa akhirnya bertindak menghantar memorandum pembelaan kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina.

Syarikat lepas tangan, peserta pulak kena tanggung baki pinjaman RM26,000 tu. Baki pinjaman tu, belum termasuk kadar faedah tahunan. 

Bank pun satu hal!! Macam mana lah mudah sangat luluskan pinjaman kepada 195 orang ni? 

Rata-rata peserta adalah dikalangan orang kampung dan nelayan. Apa kelayakan mereka? Apa jaminan mereka? Apa cagaran mereka?

Datuk S Azalina dalam wawancara bersama wartawan turut mempersoalkan tindakan bank, bagaimana boleh begitu mudah meluluskan pinjaman kepada para peserta?

Kalau kita nak buat pinjaman kereta 2nd hand RM20,000 pun, dah kena soal banyak. Inikan RM50,000! 

BANK NEGARA TOLONG SIASAT!! Apa kiteria dan prosedur yang digunakan oleh "bank....." bagi meluluskan pinjaman 195 peserta ini. Sebab jumlah pinjaman terkumpul bukannya sedikit - RM9.75 juta!! 

Takkan Bank pun kena kelentong dengan syarikat swasta ni?  

Orang ramai pula diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan menyiasat latar belakang syarikat atau menggunakan khidmat peguam supaya tidak dikelentong hidup-hidup oleh golongan parasit yang ingin menyedut duit rakyat.

Bila ditunjukkan kontrak untuk berniaga, JANGAN terus tandatangan! Bawa balik dan baca berulang-ulang kali. Fahamkan isi kontrak tersebut.

Ini hak anda! Syarikat tidak boleh menghalang kita membawa balik kontrak untuk diteliti sebelum bersetuju untuk melabur. Kalau mereka tak bagi, memang sah NAK MENIPU.




No comments:

Post a Comment