Wednesday, April 17, 2013

SENARAI LENGKAP! Calon Parlimen dan DUN BN Di Semua Negeri!


Berikut adalah senarai nama calon Barisan Nasional di semua negeri yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen & DUN pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 ini:


Tuesday, April 16, 2013

Siapalah Bahlol Beselera Nak Rakam Aishah Mandi??



Apalah faedahnya nak rakam aksi orang mandi? Calon Parlimen Jempol, Aishah, tak perlulah cuba menggunakan taktik kotor bagi menimbulkan rasa simpati pengundi terhadap beliau. Kerana rakyat sememangnya bijak menilai political game pembangkang terutamanya menjelang PRU ni.

Menuduh parti pihak lawan cuba menganiaya beliau tidak berdasarkan alasan yang munasabah. Hanya kerana terdapat lubang di bumbung bilik tidur rumahnya terus sahaja berimaginasi mendakwa ada musuh cuba memasang kamera CCTV. 

Monday, April 15, 2013

Kurang 24 Jam Untuk Stopa Ali Mohon Maaf


Kita lihat pak syeikh dan pak lebai PAS sibuk berserban dan berkopiah di kepala, Pak Stopa Ali aka SUA PAS pakai spender sebagai pengganti. Apa yang ingin perisik gambarkan adalah wajah sebenar Pak Stopa yang terburu-buru mencari jalan untuk melepaskan diri dari terpalit pendedahan video lucah mirip dirinya. 

Iaitu dengan main hentam menuduh semua ini adalah salah UMNO. Mungkin spendernya terlalu BESAR sehingga menutup mata dari melihat kebenaran. Gelabah Pak Stopa menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa terdapat kaitan rapat video itu dengan dirinya. 

MUSLIHAT DAP-Israel-Singapura Di Johor Terdedah!


PAS sorak mengumumkan calon bukan Islam pertama bertanding atas tiket parti bulan. Calon tersebut adalah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chow yang akan bertanding merebut kerusi parlimen Air Hitam, Johor. 

Wee Ka Siong yang merupakan penyandang ahli parlimen Air Hitam merungkaikan  strategi PAS ini bertujuan untuk memecah pengundi Cina yang selama ini menyokong MCA. 

Tapi perisik melihat pembangkang mempunyai rancangan lebih jauh dan lebih licik daripada itu. 

Video Seks: Sabotaj Kalangan Pakatan - PAS

Rakyat semakin gelisah apabila satu persatu video skandal seks melibatkan pemimpin pembangkang didedahkan di internet. Mungkin ramai di kalangan rakyat menganggap bahawa pendedahan salah laku seks sama ada berbentuk video, audio dan gambar ini adalah permainan politik pihak lawan yang sengaja diwujudkan menjelang tiba PRU.

Dakwaan tersebut meleset sama sekali, kerana jika diselidiki banyak pendedahan lebih awal telah dilakukan jauh lebih lama. Ia bertujuan untuk membuka mata orang ramai mengenai individu yang bersandiwara warak, tetapi hakikatnya beraksi SYAITAN dengan bukan muhrim atau luar tabii di "belakang" mereka.

Sunday, April 14, 2013

Skandal Pemimpin PAS: Majlis Syura Jatuh Hukum Asal Boleh !


Ramai ahli-ahli PAS akar umbi kecewa dengan keputusan pimpinan utama terutamanya Majlis Syura mengenai pendedahan video seks mirip Setiausaha Agung (SUA) PAS. Mereka persoal mengapa tiada SIASATAN!?

Perkara ini berat, kerana polis juga sahkan dua orang yang ditangkap sedang mengedarkan rakaman video ini dari rumah ke rumah adalah Ahli AMK.  Ramai orang PAS mula bingung mengapa rakan parti menjadi gunting dalam lipatan? Apa sudah jadi?

Saturday, April 13, 2013

PEREBUTAN PANAS!!! Ramai Nak Jadi Calon Kat Sini !!


Rakyat masih menantikan senarai penuh calon semua parti yang bakal bertanding PRU13 nanti. Perisik jangkakan seluruh jentera parti bakal berpusu-pusu turun berkempen ke kawasan spesial ni untuk memerah meraih undi. 

Kebanjiran dan pergerakan aktif semua parti pada piliharaya bakal menimbulkan masalah persekitaran kampung ini. Diharap mesej "Bersama Menjaga Persekitaran Kita" macam dalam gambar dipraktikkan oleh semua jentera parti supaya keselesaan penduduk terpelihara.

Friday, April 12, 2013

Datang Beramai-Ramai!! Pendedahan BERAPI Ustaz Rujhan Ahad Ini


Pembangkang terutamanya golongan "alim PAS" semakin tak senang duduk dengan pendedahan Ustaz Rujhan Abd Rahman di setiap ceramahnya di Kelantan. Usaha pencerahan Ustaz Rujhan atau Ustaz Slide ini telah berjaya membuka mata rakyat tentang belang sebenar pakatan terutamanya PAS.

Mat Murka Gagal Kes Saman Fitnah Terhadap TV3



Bekas MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini gagal dalam kes saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berhubung isu nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.

Sebelum ni beliau mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui twitter yang mempolitikkan pembelian no plat WWW1 bernilai RM520ribu oleh Sultan.

PANAS!! Syed Hamid Umum Tidak Bertanding PRU13


Setelah lama berteka-teki dengan rakyat tentang kedudukannya dalam PRU13. Hari ini, Tan Sri Syed Hamid mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kota Tinggi yang disandangnya selama lima penggal. 

Hasrat Syed Hamid ini sudah pun sampai kepada Perisik oleh beliau sendiri, tak silap lebih setahun dulu tetapi biarlah tuan punya badan yang mengumumkannya secara RASMI.

Perisik lihat keputusan beberapa pemimpin tertinggi dalam BN melepaskan kerusi masing-masing bagai satu kitaran. Dimana ketika Mahathir mula-mula dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4, turut berlaku perubahan besar dalam barisan kepimpinan BN. Di mana majoriti muka baru diketengahkan dan orang-orang lama dalam politik mula melepaskan jawatan mereka.