Kepura-puraan pemimpin pembangkang dalam mendepani rakyat terutama umat Islam bagai kitaran yang tak berkesudahan. Pada suatu ketika mereka biadap mencabar kalimah Allah, mereka biadap menghina para ulama. Keesokan harinya mereka pergi ke sekolah agama derma dana, pergi ke bazar Ramadhan derma kurma.
Baru sahaja dihina, kita sudah menjamu makan sedulang dengan musuh Islam!
Serangan dan penghinaan yang menjejaskan akidah umat Islam begitu mudah kita wangikan dengan derma dana dan kurma. Apakah begitu murah maruah dan harga diri umat Islam?
Jangan kita biarkan Islam sekadar alas kaki yang menjadi tempat mengesat kotoran dan kemudian berlalu pergi. Cukuplah kita berdiam diri, Islam bukan punching bag yang tidak bertindak balas. Kita harus memainkan peranan aktif dalam mempertahankan segala bentuk idealogi yang mencemarkan akidah.
Lihat sahaja bagaimana kes LGBT yang dulunya agak terpencil, kini mampu bergerak secara terang-terangan tanpa segan silu. Bukan direstui agama, tetapi diterima kerana rakyat sudah terbiasa dengan kehadiran golongan songsang ini. Inilah bahayanya yang paling utama apabila sesuatu perkara sedikit demi sedikit menjadi norma kehidupan.
Sehingga golongan muda hari ini, sudah mula beranggapan LGBT ini bukan suatu kesalahan. Mereka pula yang beriya mempertahankan golongan ini seolah-olah kelompok LGBT ini sedang dianiaya?! Sedangkan yang sebenar-benarnya teraniaya adalah Islam itu sendiri.
Bila dipertahankan kewujudan LGBT. Mereka mahu perkahwinan sejenis pula diterima. Tidak lama selepas itu, mereka mahu hak samarata perempuan dan lelaki ketika menjadi imam solat. Beberapa seketika, mereka mahu hak memelihara anjing secara bebas. Gerakan dan idealogi ini perlahan-lahan menjamah akidah kita.
No comments:
Post a Comment