Monday, April 21, 2014

GPS Tak Berfungsi Permit Transnasional Digantung!


Bagi pengguna setia Transnasional, penggantungan permit ini bukan termaktub kepada semua laluan bas konsesi. Tapi hanya melibatkan laluan timur sektor utara sahaja. Tindakan ini adalah lanjutan daripada kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut di laluan Bentong-Raub 12 April lalu sehingga mengorbankan 3 nyawa.

Sebanyak 27 permit bas ekspres Transnasional di gantung berkuatkuasa 23 April 2014. Keputusan ini diambil hasil pengauditan yang mendapati pihak syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati sistem GPS tidak berfungsi. 


Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin menegaskan tindakan tegas sudah pasti akan diambil keatas syarikat-syarikat yang lain juga, yang terlibat dalam kemalangan di Temerloh dan Pekan sekiranya terdapat pelanggaran syarat pelesenan dan pekeliling-pekeliling berkaitan.


Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal menjelaskan pihaknya sentiasa memberi penekanan serius kepada segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan bas oleh syarikat-syarikat bas ekspres.

Setiap bas persiaran dan bas ekspres wajib dilengkapi dengan Global Positioning System (GPS) sejak tahun 2010 dan perkara ini telah termaktub dalam syarat perlesenan. Setiap pengendali harus memastikan GPS ini berfungsi dan dipantau sepenuhnya. 

Selain itu, Pekeliling mengenai Pelaksanaan Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) untuk Pengendali Bas yang dikeluarkan pada 20 Ogos 2013 mempertanggungjawabkan pengendali untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala. 



No comments:

Post a Comment