Tuesday, April 15, 2014

Murid Tadika Maut Van Terjatuh Dalam Kumbahan


Kejadian berlaku pada pukul 12 tengahari Isnin semalam di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Difahamkan pemandu van, Siti Fatimah,41, telah menghentikan kenderaan dan keluar bagi membimbing beberapa kanak-kanak lain melintas jalan untuk ke tadika berhampiran. 

Tidak disangka, van berkenaan melungsur merempuh pintu pagar loji kumbahan dan terjatuh ke dalamya. Ketika itu masih terdapat enam murid lagi berada di dalam van terbabit. Orang ramai yang berada di tempat kejadian meluru menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan mangsa-mangsa.


Malangnya seorang kanak-kanak terkorban, dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif, berumur 4 tahun. Lima yang lain pula telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan kerana dibimbangi ada kandungan toksid dalam badan akibat tertelan air kumbahan.



Seorang kanak-kanak kritikal manakala yang lain kini berada dalam keadaan stabil:
1- Sakinah Bte Roslan, 5
2- Danial Aiman Hakimi, 6
3- Muhammad Hadif Syauqi, 5
4- Daniel Asyraf Abdullah,5 
5- Nur Aima Bte Abd Razak, 5

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedia maklum akan insiden ini dan sedang meneliti laporan dan tindakan selanjutnya yang akan diambil. Langkah-langkah pencegahan juga perlu diperhalusi bagi mengelak dari perkara begini daripada berulang.



Dalam kejadian ini, ramai mula mengatakan akan kecuaian pemandu terbabit. Diharap orang ramai tidak terlalu cepat membuat keputusan sendiri sehingga hasil siasatan terhadap pemandu, kenderaan dll diselesaikan.





No comments:

Post a Comment