Tuesday, April 29, 2014

Miliki Bas Sekolah Baru Dengan SPB1M


Skim ini bukan baru diperkenalkan, tapi telah pun dilancarkan sejak tahun lepas bagi menggalakkan pemilik bas sekolah lama supaya menggantikannya kepada yang baru. Rasanya tidak perlu kita buat perbandingan terperinci mengapa bas sekolah lama ini perlu diganti.

Secara ringkasnya, ciri keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan bas sekolah yang baru tidak dapat dipertikaikan berbanding dengan yang lama. Ibu bapa yang pengalaman menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak mereka mungkin sudah sedia maklum akan kondisi bas lama yang tidak berhawa dingin, tempat duduk berlubang dan paling berat adalah sering rosak.

Jadi dari beberapa sebab kelemahan bas sekolah lama ini seharusnya cukup untuk membuka minda pemilik bas untuk beralih kepada yang bas sekolah lebih terjamin kualiti perkhidmatannya dan menepati ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.

Pemandu bas sekolah ini sepatutnya sedar akan tanggungjawab dipikul kerana bukan nyawa meraka sahaja yang terancam, malah nyawa penumpang bas sekolah yang terdiri dari anak-anak kecil juga turut menjadi taruhan.



Jadi janganlah bertangguh lagi untuk beralih dengan yang baru, manfaatkanlah Skim Pinjaman Bas 1 Malaysia. Walaupun nilainya tidak sebanding dengan harga pasaran bas sekolah sekarang. Namun nilai yang disumbangkan oleh kerajaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemilik bas sekolah.

Apa yang membuatkan anda sebagai pemilik bas ragu-ragu untuk memohon skim ini. Jangan tunggu kemalangan berlaku, baru hendak terhegeh-hegeh nak ganti bas. Bila penumpang sudah melayang, tiada skim yang boleh menghidupkan mereka kembali.



No comments:

Post a Comment