Sunday, May 25, 2014

SPAD Transformasi Pengangkutan Awam Johor


Negeri Johor bakal melalui satu fasa transformasi bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, YAB Datuk Seri Khaled Nordin.

Khaled Nordin memberitahu, penambahbaikan ini meliputi beberapa aspek seperti tahap keselamatan, kebolehpercayaan, efektif dan memberi keyakinan kepada pengguna awam.

Pihak kerajaan negeri akan bekerjasama dengan 14 buah agensi berkaitan bagi merealisasikan sasaran ini. Antara angesi yang terlibat adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Penglibatan SPAD akan menjurus kepada perancangan dan menyumbangkan buah fikiran bagi mengemukakan satu pelan pembangunan terbaik untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.

Pemandu teksi dan bas disarankan memberi perkhidmatan berkualiti dan profesional kerana golongan ini memainkan peranan penting sebagai duta kecil bagi sektor pelancongan negeri Johor.

"Jumlah pelancong yang memasuki negara ini melalui Johor telah meningkat dengan rastik dan kualiti perkhidmatan awam haruslah selari pembangunan pesat negeri" Kata Khaled.

Perkembangan memberansangkan kesan pelaburan positif di Iskandar Malaysia telah menggalakan kemasukan lebih banyak syarikat antarabangsa. Sekaligus meransang peningkatan pengguna pengangkutan awam terutamanya pelancong.





No comments:

Post a Comment