Thursday, August 29, 2013

Waktu Perkhidmatan Pengangkutan Awam Sehingga 4 pagi! Sempena Merdeka!!


Ramai warga Malaysia terutama yang tinggal di sekitar Lembah Klang pasti berkobar-kobar ingin turut serta dalam sambutan Ambang Hari Merdeka ke-56 di beberapa lokasi utama seperti Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC dan Putrajaya.

Dalam keterujaan orang ramai bertandang ke lokasi terbabit. Di sini pihak  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan mengenai lencongan dan penutupan jalan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta cadangan alternatif mobiliti warga Lembah Klang yang akan membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur.

Untuk makluman penutupan laluan telah pun dilaksanakan secara berperingkat bermula 27hb Ogos hingga 31 Ogos 2013.

Jalan-jalan yang ditutup adalah seperti berikut:
Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Lembah, Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Perdana, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah
Persekutuan.

Penutupan laluan utama ini sudah pasti akan menimbulkan kesesakan lalulintas. Maka orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan awam sehingga tarikh dinyatakan bagi sambutan Merdeka.

Ini kerana pihak pengendali bas RapidKL, Monorail, Transit Aliran Ringan (LRT) STAR, Putra, KLIA transit dan KTM Komuter akan menyediakan tambahan sehingga 4 pagi. Maklumat terperinci seperti dalam jadual di bawah:
http://3.bp.blogspot.com/-PVI7o0jCpTU/Uh5XRDyEZ3I/AAAAAAAACJs/0l30y4uHn34/s400/lanjutan+perkhidmatan+rel+dan+bas+sempena+merdeka+56.png

Dijangka beribu-ribu warga kota akan menggunakan perhidmatan ini. Jadi orang ramai dinasihat menggunakan kad Touch ‘n’ Go bagi mengelak menunggu lama untuk mendapatkan tiket. Sila pastikan Touch ‘n’ Go anda sudah ditambah nilai!

http://4.bp.blogspot.com/-Xj58-FVCxj8/Uh5XTFUbBlI/AAAAAAAACJ0/aLKpaOpWU9A/s1600/jadual+tren+dan+bas+merdeka+56.png

No comments:

Post a Comment