Saturday, August 31, 2013

Hendak Ke Rombau??! Komuterkan Ado!


Nak speaking nogori tak berapa pandai! Tapi nak bagi tahu dokek Rombau nun hah dah ado stesen komuter! Jadi kepada warga-warga Rembau most wanted bolehlah tersenyum lebar kerana mempunyai medium pengangkutan tambahan untuk ke Seremban hingga ke KL.

Terima kasih kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah meluluskan lesen untuk Stesen Komuter di Rembau yang secara rasmi memulakan operasi pada 30 Ogos.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kelulusan diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setelah pihaknya berpuashati dengan kerja-kerja pembinaan rel dan stesen berkenaan. 

Pengumuman dibuat ketika melakukan lawatan kerja ke stesen berkenaan dan stesen Pulau Sebang, Tampin bersama para media pada 29 Ogos lepas. Turut hadir Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir.



Lepas ni, Khairy Jamaluddin bolehlah naik komuter dari parlimen beliau. Difahamkan Ahli Parlimen tersebut sebelum ini ada menghantar surat kepada SPAD supaya stesen komuter diwujudkan di sana. Skang dah ado! Jangan tak guno plak!



Syed Hamid berkata warga Rembau bakal merasa limpahan ekonomi seperti mana yang berlaku di kawasan penempatan yang mempunyai laluan stesen rel seperti Transit Aliran Ringan (LRT) STAR dan PUTRA di Lembah Klang. 

Pelbagai peluang pekerjaan, pelaburan dan peningkatan nilai hartanah akan berlaku sekaligus menguntungkan para penduduk Rembau dan kawasan-kawasan berhampiran. 



No comments:

Post a Comment