Friday, August 30, 2013

LGE Tuduh Majlis Perbandaran Pulau Pinang SALAH TAIP surat!!?


Bila sendiri buat silap mulalah cuba mencari helah untuk melepaskan diri. Guan Eng yang beriya-iya nak menghalang tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang tak pasal-pasal tarik hand-break. 

Dalam kenyataan terbaru siaran versi portal pro pembangkang menyebut bahawa Kerajaan Rejim Pulau Pinang meNAFI keluarkan larangan tayangan filem tersebut.

Dah dasar pembangkang, baru semalam terkantoi buat salah, hari ni leh buat muka seposen cakap tak ada buat salah. Perangai berubah-ubah dan bermuka-muka puak pembangkang terutama DAP ini bukan sahaja mengikut masa. Malah tempat! Hari ni tempat ni cakap lain, besok di tempat lain cakap lain. 

Apa-apa pun rejim Pulau Pinang pimpinan DAP tidak dapat lari dari kesilapan ini apabila surat pekeliling sudah dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang seluruh negeri. Surat terbabit dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertarikh 28 Ogos. 

http://4.bp.blogspot.com/-7jByhGmcju8/Uh9aRlctFxI/AAAAAAAAz3I/_rzIZu6V5Nc/s1600/9622866490_35dc6109ee_b.jpg

Rasanya Guan Eng akan ulang skrip lama kata Majlis Perbandaran "Salah Taip" surat tu.. Hahaha. Apa punya bangkai puak DAP ni sendiri berkata-kata, sendiri tergigit lidah lagi mau salah orang ka?? 

Setahu aku kebenaran siaran dan tapisan sudah dilakukan oleh Finas. Maka segala babak di dalam filem ini sudah diteliti oleh barisan panel dan mendapat kelulusan untuk tayangan umum hari ini! Tapi yang Pengarah Bahagian Perlesenan (MPPP) boleh buat bengong pulak dalam hal ni! 


No comments:

Post a Comment