Saturday, August 31, 2013

Teksi Usia Lebih 10 Tahun Dilarang Beroperasi?!?


Kalau betul berlaku seperti tajuk artikel ini. Sudah tentu melantun-lantun puak-puak pembangkang syok balun. Apa salahkah untuk meletakkan had usia teksi supaya tidak melebihi 10 tahun!?

Kalau di Jepun atau Singapura, difahamkan usia kenderaan disana tidak melebihi 10 tahun. Ada yang cakap lebih kurang dari itu iaitu 7 tahun. Perisik pun tak pasti mana satu, tapi jika perkara ini digunapakai di Malaysia sudah tentu mogok para pemandu teksi seluruh negara. 


Paling best nanti bila pembangkang muncul jadi hero dikalangan para pemandu teksi mogok tu nanti. Sedangkan puak pembangkang ini dari beberapa isu sebelum ini gemar berkiblatkan Singapura dan negara luar-luar lain dalam mempertikaikan atau membanding perkhidmatan awam di negara ini. 

Jadi tak menjadi masalah kalau perkara ini berlaku di Malaysia! Jangan pula puak pembangkang menyalahkan kerajaan. Tak gitu! 

Walaubagaimanapun perkara ini hanya terpakai kepada kenderaan yang dilesenkan sebagai Teksi Lapangan Terbang dan dijangka berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015. Lama laagiiiii!!!!

Beruntung betul jadi pemandu teksi di Malaysia ni. Jangan kata 10 tahun, ada di sesetengah kawasan bandar utama negeri lain mempunyai teksi berusia lebih dari 10 tahun. Rasanya ramai yang perasan teksi jenis mercedes lama atau toyota crown.  

Tapi di sini peraturan ini hanya terpakai pada teksi di lapangan terbang. Surat pekeliling pun sudah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan ianya merupakan syarat khas kepada Lesen Pengendali Teksi Lapangan Terbang.

Pengendali yang gagal mematuhi syarat ini boleh didenda sehinga RM500 ribu atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 22(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Surat pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal betujuan bagi memastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat di seluruh lapangan terbang Semenanjung Malaysia.

Kerana teksi di lapangan terbang ini merupakan barisan hadapan dalam menerima kemasukan pelancong dalam dan luar negara. Kata orang first impression tu penting! Maka bertepatan ia dikenakan kepada pengendali teksi lapangan terbang.

Tapi tidak bermakna teksi luar kawasan lapangan terbang dibolehkan dalam keadaan usang atau buruk. Kerana teksi-teksi kelas lain dimestikan melakukan pemeriksaan Puspakom bagi memastikan kenderaan berada pada tahap optimum. 

No comments:

Post a Comment