Tuesday, January 8, 2013

Din Pudu Berjaya Halang RAPID?


Patutnya orang-orang Pakatan bagi pelempang si Din Pudu ni bagi bangun! Tertidur sampai ketinggalan perkembangan terkini mengenai RAPID. Ntah mengigau apa main terjah hendak menfailkan injuksi menghalang projek RAPID Pengerang. 

Selaku pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (MANTAP), beliau akan menfailkan injuksi melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associate di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, 9 Januari 2013.

MANTAP hanya pada nama, kerana apa yang dilakukan dari sejak penubuhan tak mantap langsung. MERANAP adalah! 

Kerana gerakan pimpinan Din Pudu ini terang-terangan berlandaskan fitnah dan tiada fakta kukuh. Satu gerakan jahat untuk menyekat kemajuan dan menutup periuk nasi 90% penduduk melayu Pengerang yang menerima kemasukkan projek tersebut. 

Apa nak dihairankan, kerana memang itu pun modus operandi puak pakatan. Bila ada saja sesuatu projek pembangunan atau urusan jual beli yang bernilai berbillion ringgit dari pihak Kerajaan. Maka bermulalah episod fitnah terbaru terhadap kerajaan mengenai sesuatu projek tersebut. 

Tak percaya? Cuba trace semua projek Kerajaan yang nilainya berbillion ringgit dari tahun-tahun kebelakangan ini. Dari sejak pimpinan mantan PM, Dr Mahathir lagi. Anda akan dapati semua projek Kerajaan telah dimanipulasi dengan jahat puak pembangkang. 

Jika ditemui sebarang keraguan atau insiden dalam projek tersebut maka dipropaganda sehebat-hebatnya memburukkan kerajaan. Walhal apa yang diragukan itu adalah isu kecil dan perkara yang sudah pun kerajaan kenal pasti terlebih dahulu. Tapi bila projek tersebut terbukti berjaya membawa keuntungan kepada negara dan rakyat. Diam seribu bahasa!

Sama jugalah apa yang dilakukan oleh Din Pudu selama ini. Alasan menfailkan injuksi tidak semena-mena dikaitkan pula dengan isu kematian tiga sekeluarga yang bunuh diri di Kampung Jawa, Pengerang?? 

Beliau cuba menimbulkan keraguan yang kononnya insiden bunuh diri tersebut adalah kerana tekanan perasaan ekoran pengambilan tanah untuk projek RAPID dan dikatakan pula ada sumber yang dipercayai. 

Kerana "sumber yang dipercayai" inilah, beliau menuntut Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kematian keluarga tersebut!??! Mana sumbernya? NGO Himpunan Hijau? Gabungan NGO Pengerang (GNP)? Sumber yang bersandarkan "kemungkinan"!

Kerana itulah yang diperkatakan oleh NGO tersebut iaitu kematian tiga beranak itu berKEMUNGKINAN disebabkan tekanan perasaan kerana tanah mereka diambil.

Tapi pendedahan nota Kim Yong yang membunuh diri kepada keluarga rapat. Nota tersebut menyatakan beliau dan keluarganya membunuh diri disebabkan "terlalu letih" untuk menjaga isteri dan anaknya yang sakit
“Kematian saya tiada kena mengena dengan sesiapapun, jadi jangan bersedih. Saya sangat letih, untuk menjaga dua orang sakit,” kata nota dua muka surat itu yang dipercayai merujuk kepada Wong Ah Heng, 56 dan Pang Kee How 21, isteri kedua Kim Yong dan anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya.
Ahli keluarga mendiang sendiri sudah menyatakan supaya jangan mempolitikkan kematian keluarganya dan mendesak NGO yang menfitnah mereka memohon maaf.

Sekarang, adakah Din Pudu masih hendak meneruskan usaha murni ini dengan hanya bersandarkan "KEMUNGKINAN"?! Sebab tu awal-awal perisik suruh bagi pelempang je! Orang lain dah tutup cerita ni dia tak pasal-pasal huru hara nak hidupkan balik!?

Adeh..orang PAS sendiri faham kenapa Din Pudu menggila buat perkara tak masuk akal ini. Sebab orang PAS sendiri dah terajang Din keluar dari Kubang Kerian, kerana tidak mahu orang luar menjadi ahli parlimen di kawasan mereka. Maka Din Pudu tengah huru hara nak tingkatkan pengaruh di Johor. 

Perisik: Orang Johor nak bagi undi ke pada Din Pudu? Ramai nak beratur bagi pelempang gamaknya! hahaha

No comments:

Post a Comment