Friday, January 11, 2013

Hadi Awang Melacur Akidah Umat Islam


Sekali lagi isu kalimah Allah dibangkitkan oleh puak pakatan, walaupun tiga tahun sudah, Sultan Selangor bertitah melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini. 

Namun Hadi Awang selaku presiden PAS mengumumkan keputusan perbincangan dikalangan pakatan sendiri tempoh hari bahawa kristian tetap boleh menggunakan Kalimah Allah tapi dengan syarat tidak disalahgunakan. Cakap lepas tanpa terikat dengan sebarang jaminan memang mudah! Mereka sendiri banyak menyalah gunakan nama Islam dalam parti! 

Apakah perbincangan mengenai nasib umat Islam kita bertanyakan kepada bukan Islam (DAP)? Parti chauvanis yang terbukti menentang sekeras-kerasnya manifesto PAS iaitu negara Islam dan Hudud. 

Apakah pandangan dari PKR ini berdasarkan nas dan hukum yang sah atau boleh dipercayai? Terbukti sebelum ini mereka pernah salah tafsir ayat Al-Quran dan terus menyatakan umat Islam pun boleh murtad.

Apakah pandangan PAS ini sebulat suara datang dari pimpinan ulama dan akar umbi? Sedangkan banyak tentangan timbul dari dalaman sejurus keputusan ini dikeluarkan. 

Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Harun Din sendiri menegaskan larangan ini. Belum lagi dikira gerakan diperingkat akar umbi di setiap negeri. Kerana mereka sendiri terkejut isu Kalimah Allah ini dihidupkan kembali oleh Pakatan ditambah pula dengan keputusan membenarkan kristian menggunakan kalimah suci ini!

Rakyat terutamanya umat Islam kehairanan kerana isu kalimah Allah ini sudah dimuktamadkan tiga tahun sudah dan barisan ulama, Majlis Agama, malahan Sultan sudah menyatakan bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakannya!!

Jadi dari tiga persoalan awal tadi, timbul beberapa persoalan pokok. 
Mengapa pakatan beriya-iya hendak membenarkan penganut Kristian menggunakan Kalimah Allah ini? 

Apakah ada penjanjian sulit berlaku di antara Pakatan dengan pihak Gereja? 


Adakah kerana ingin menang undi penganut Kristian yang seramai 10% populasi negara? 


Adakah pakatan cuba untuk mendapatkan sokongan kewangan dari pihak Gereja untuk menghadapi PRU13?




Melihat kepada beberapa persoalan pokok yang timbul ini membuatkan kita berfikir bahawa segala usaha Datuk Seri Najib untuk menenangkan ketegangan di antara penganut Islam dan Kristian di negara ini sia-sia. 

Mengapa sia-sia? Hasil risikan mendapati beberapa pemimpin utama Kristian di Malaysia sudah mengadakan perbincangan mengenai isu ini. KEPUTUSAN mereka, Kalimah Allah boleh digunakan! 

Umat Islam negara ini sedaya upaya mengelak dari terus menyentuh isu sensitif ini.   Dengan toleransi menyerahkan kepada pimpinan PM untuk menyelesaikannya. Tetapi mengapa pihak Gereja masih berdegil untuk meneruskan niat yang boleh menjurus kepada konflik dalam negara! Adakah itu yang mereka mahukan atau itu yang Pakatan inginkan?

Pakatan sengaja mengalih fokus rakyat dengan memainkan isu besar ini supaya rakyat lupa kepada berpuluh malah beratus isu dalaman yang telah dicetuskan oleh pakatan sendiri. 

Perisik: Walaupun akar umbi dan tekanan dari dalam parti PAS sendiri menentang keputusan ini. Namun Hadi Awang tetap meneruskan usaha melacurkan akidah umat Islam



No comments:

Post a Comment