Monday, January 14, 2013

Anwar Melacur Akidah Umat Islam


Ramai puak-puak pakatan taksub akan pemimpin yang satu ini! Sehingga ada penyokong tegarnya memberi pelbagai gelaran dan gambaran mulia kepada beliau. 

Ada yang menyatakan bahawa beliau memiliki renungan mata khalifah Umar atau Uthman. Sehingga renungan matanya pun digeruni oleh syaitan! Uweekkk! 

Perkara ini berlaku pada penghujung 2010 di perkarangan mahkamah Jalan Duta ketika perbicaraan kes liwat beliau berlangsung. 

Insan yang memberi gelaran ini tidak pula diketahui dari mana munculnya. Kerana rakan media seorang jurugambar sedang membelek gambar yang telah diambil sekitar perkarangan mahkamah dari skrin kamera. 

Ketika itu ditegur oleh seorang berkopiah yang tidak dikenali menceritakan perihal Anwar Ibrahim seperti disebutkan di atas tadi. Kebetulan skrin kamera memang menunjukkan gambar Anwar. Rakan tadi terus beredar kerana tak tahan nak tergelak!

Ramai pulak puak pakatan beriya-iya nak menafikan perkara ini. Relaks dulu, sebab ini baru satu kisah dari mahkamah! Belum lagi kisah-kisah dalam ceramah para pemimpin, ucapan dan tindakan Anwar dalam sesuatu Isu!

Mari kita lihat satu persatu..

Puak-puak PAS, Mahasiswa, muslimin dan muslimat dalam pembangkang patut tanya dengan Anwar Ibrahim, kenapa beliau menandatangani deklarasi Annapolis. Deklarasi yang mengiktiraf kewujudan Israel!! Bila ditanya pada mahasiswa yang sedang terkinja-kinja memboikot Israel, terus berkerut dahi kehairanan! Mengapa yer Anwar tandatangan?



Tidak cukup dengan itu beliau juga menyokong usaha untuk memastikan keselamatan rejim Zionis Israeil!??!!! Sehingga beliau terkedu di asak Khairy Jamaludin di Parlimen mengenai kenyataan beliau sendiri.

Dalam isu memurtadkan melayu di Damansara. Sebagai pemimpin pembangkang, Anwar membisu tidak memberi sebarang komen mengenai perkara ini. Kenapa? Adakah sebab nak jaga hati rakan DAP? Ramai dah tahu Theresa Kok terlibat dalam isu ini. Nampaknya Anwar memilih melindungi DAP dari akidah umat Islam. Sehinggalah Hassan Ali dipecat, beliau terus membatu.

Rakyat juga tidak lupa mengenai kebiadapan penulis dan editor majalah dari India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan sekular. Akbar yang merupakan bekas Ahli Parlimen India telah menyebut "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari"!! 

Apa kaitan dengan Anwar!? Kaitannya beliau telah diberi penghormatan oleh Akbar untuk melancarkan bukunya di Royal Lake Club, Kuala Lumpur. Haron Din kesal kerana individu seperti Akbar ini diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia menerusi PKR. 

Rakyat khususnya umat Islam dikejutkan pula dengan kenyataan Nurul Izzah yang menyatakan kebebasan beragama turut terpakai kepada orang Melayu!  Apa tindakan Anwar dalam isu ini? Anwar bertindak mempertahankan kenyataan anaknya itu!  



Well...dah nama parti anak beranak..bukan sahaja Anwar, malah kak jah pun ikut sama pertahankan anakandanya. 

Ramai orang PAS menjangkakan Anwar akan menegur kelancangan dan kecetekan ilmu agama Nurul Izzah tapi lain pula dibuatnya. Kekecewaan peyokong PAS tidak dapat dibendung membuatkan ramai akar umbi mengutuk ketua pembangkang, musyidul am dan presiden parti yang berdiam diri. 

Apa nak dihairankan! Pemerhati politik juga dapat mengagak tindakan Anwar ini. Kerana kelangsungan karier politik Nurul Izzah harus dipertahankan dan isu akidah umat Islam ini lama-kelamaan akan senyap dengan sendiri. Kesimpulannya karier politik Nurul lebih mulia dari akidah umat Islam.

PAS bertambah kecewa apabila pemimpin mereka sendiri...pemimpin parti dengan nama "Islam" mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Lawaknya kenyataan ini tidak pula diucapkan oleh Anwar selaku ketua pembangkang. Sebab apa? 

Sebab beliau sendiri tahu perkara ini akan mencalarkan kredabiliti beliau, maka Hadi Awang diperkudakan untuk mengumumkannya. Kesudahannya, anda sendiri boleh melihat apa jadi pada Hadi Awang selaku Presiden dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am. Kedua-duanya terpalit dengan taktik kotor Anwar menggunakan mereka.

Bila isu menjadi panas dengan tekanan dan tentangan dari dalam parti sendiri. Barulah nak kelam kabut membincangkan dalam Majlis Syura. Selepas perbincangan,.. Majlis Syura memutuskan bukan Islam terutamanya kristian tidak boleh guna dalam Bible versi Bahasa Malaysia. 
"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata kenyataan bersama Nik Aziz dan Dr Haron.
Mengapa isu ini tidak diperbincangkan lebih awal dalam Majlis Syura? Adakah Anwar menjadi dalang kepada keputusan awal? Keputusan baru Majlis Syura ini sekaligus mengenepikan keputusan bersama PAS-PKR-DAP dan Anwar Ibrahim.  

Persoalan ini membuatkan panel perbincangan Majlis Syura kecut perut untuk berhadapan dengan media. Apa sudah jadi! Kerana mereka sudah menjangkakan wartawan akan bertanyakan mengenai pandangan rakan dalam pakatan serta Anwar Ibrahim. 

Macam biasa! Anwar akan buat muka seposen dan berdolak dalih melarikan diri dari  bertemu dengan wartawan beberapa hari ini. Atau sehingga pakatan dapat menimbulkan isu panas menfitnah kerajaan bagi mengalih tumpuan rakyat dan media jauh dari isu Kalimah suci Allah ini.

Sebelum itu, mungkin ramai perasan pada himpunan di Stadium Merdeka tempoh hari. Bila tiba Hadi Awang dan Anwar berucap. Ramai hadirin bertindak meninggalkan stadium. Sebagai tanda protes di atas pendirian mengenai Kalimah Allah ini.

Perisik: Senang betul pemimpin pakatan ini. Dah melacurkan akidah umat Islam! Buat macam nothing happen! Biol.


No comments:

Post a Comment