Tuduhan tersebut disangkal mudah oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid. Di sini Perisik ingin memberi lebih sedikit pencerahan tentang sektor-sektor yang mendapat peruntukan ini dan tujuannya.
- Peruntukan untuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
- Peruntukan untuk Facilitation Fund/Dana Mudahcara
- Peruntukan untuk pembangunan koridor seperti koridor Iskandar, ECER dan Score.
Seperti dinyatakan sebelum ini, sejumlah peruntukan disalurkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Ia merupakan agensi di bawah Perdana Menteri yang menyasarkan usaha memberi galakan kepada sektor swasta untuk bergiat aktif dalam pelaburan tempatan. Ia sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pelabur luar.
Sebagai contoh, laluan Johor Bahru ke Nusajaya merupakan antara usaha UKAS yang telah menyuntik dana RM1.1 billion bagi pembinaan jaringan jalan yang menghubungkan dua lokasi terbabit.
Sektor berikutnya adalah 'Facilitation Funds' atau Dana Mudahcara. Ia antara sektor penting yang akan dimanfaatkan bagi menambahbaik sistem perkhidmatan awam MRT dan LRT serta meningkatkan salinghubung dalam bandar.
Apa yang menjadi cabaran dalam sektor ini adalah pemilikan tanah di setiap jajaran bagi dua jenis pengangkutan terbabit, kerana harga tanah amat tinggi di Selangor. Di sini pihak kerajaan memainkan peranan bagi mengatasi masalah harga tanah ini.
Sektor lain yang mendapat peruntukan ini juga adalah untuk pembangunan koridor seperti Iskandar dan ECER. Kerajaan akan menyuntik dana dalam koridor ini bagi meransang serta merancakkan ekonomi di koridor terbabit. Ia dapat dilihat dengan terwujudnya berpuluh ribu peluang pekerjaan di dua lokasi terbabit.
Bukankah semua ini memberi keuntungan kepada rakyat. Rakyat mendapat jalanraya untuk berhubung, perkhidmatan pengangkutan lebih baik dan peluang pekerjaan yang lebih luas.
Jadi usaha MP Kluang, Liew Ching Tong hanya sia-sia dan memalukan diri sendiri dan parti DAP. Kerana semua tuduhan terhadap Najib meleset sama sekali. Rakyat boleh menilai bagaimana pembangkang semakin terdesak mencipta fitnah dalam menyerang kredabiliti Najib.
No comments:
Post a Comment