Thursday, November 19, 2015

Segerakan Pelebaran Jalan Kota Tinggi-Bandar Penawar


Sudah tiba masanya jalan raya menghubungkan antara dua bandar terbabit dilebarkan dari dua lorong kepada empat lorong. Saranan ini telah diutarakan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid dalam perbahasan menyokong Bajet 2016.

Penambahbaikan ini laluan ini dilihat perlu bagi memastikan rakyat disekitarnya mendapat limpahan ekonomi dari projek RAPID Pengerang. Tidak lupa juga kemasukan rancangan Kerajaan untuk membina Bandar Felda disekitar Bandar Penawar. Melihat kepada faktor ini, keadaan laluan semakin sibuk dan tidak lagi mampu menampung peningkatan trafik saban hari. 

Warga di kedua bandar terbabit sudah mula menerima kemasukan penduduk yang semakin meningkat kerana peluang pekerjaan yang sedang bercambah di sana. Selain faktor keselesaan rakyat, faktor keselamatan juga dititikberatkan memandangkan aliran masuk kenderaan berat juga meningkat muktahir ini.

Kita ingin memastikan kenderaan seperti kereta dapat memotong dengan selesa dan motor tidak terhimpit ke bahu jalan sehingga mengancam nyawa. Jadi hasrat dan saranan MP Kota Tinggi ini adalah satu keperluan yang ingin memastikan rakyat selesa, selamat dan makmur. 

Diharap pihak kerajaan tidak melengah-lengahkan lagi proses pelebaran jalan ini. Kerana projek Pengerang yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2016 dan beroperasi pada 2017. Ketika itu sudah tentu kepadatan penduduk mula meningkat dan mengundang ketidakselesaan pengguna jalan raya di sana.

No comments:

Post a Comment