Wednesday, November 25, 2015

Cubaan Bangang Teresa Kok Politikkan Insiden MH370 & MH17



Kalau tak pandai membantu menyelesaikan, janganlah ditambah pula susahnya lagi. Itulah sikap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang cuba mempolitikkan isu MH370 & MH17. Dari awal insiden berlaku, pembangkang tidak henti-henti memperlekeh tunding jari salahkan kerajaan.

Terbaru, Teresa mendesak kerajaan menafikan dakwaan media asing yang menuduh juruterbang MH17 telah tersasar 200batu daripada laluan asal. Walhal perkara ini sudahpun dijawab lama dulu, mungkin Teresa terlalu angkuh untuk membaca maklumat yang sudah disiarkan oleh Badan International Civil Aviation.

Menurut badan terbabit, kapal terbang MH17 menggunakan laluan yang telah disahkan selamat. Malah dua pesawat Singapore Airlines dan India Airlines masing-masing berada 25km dan 32km dari MH17. 

Teresa juga mendesak supaya kerajaan mendedahkan jumlah peruntukan bagi menghadapi operasi mencari dan menyelamat MH370 dan MH17. Taktik Teresa ini tidak lain adalah untuk mempertikai kadar perbelanjaan keselurhan operasi. Skrip lama akan diulang tayang bagi menuduh kerajaan membazir dan seleweng.

Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan rasa tanggungjawab mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM231.5 Juta bagi operasi SAR MH370. Manakala RM12.9 Juta bagi operasi siasatan MH17. Namun begitu ia merupakan satu anggaran kasar. Angka tepat tidak diperolehi kerana kerja SAR masih lagi berjalan sehingga 15 Dis.

Daripada Teresa sibuk mencari salah. Elok diperbetulkan dulu parti DAP. Umum tahu DAP sedang bercakaran sesama sendiri dengan rakan parti. Malah sesama mereka pun saling cantas mencatas kerana terlalu taksub dan tidak sabar untuk memegang jawatan tertinggi parti.

No comments:

Post a Comment