Wednesday, October 22, 2014

SPAD Sita 15 Teksi Sekitar Ibu Kota


Ops Tegas oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah menyita 15 buah teksi kerana didapati bersalah kerana tidak guna meter dan menipu para penumpang.

Operasi yang berlangsung di kawasan tumpuan pelancong iaitu sekitar Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan Pudu. Kawasan ini menjadi lokasi pilihan pengukatkuasa SPAD setelah menerima aduan orang ramai terutamanya pelancong.

Setelah disita, pengendali teksi pasti akan tampil bagi mendapatkan kenderaan semula. SPAD dapati seolah terdapat sesetengah pengendali sengaja membiarkan pemandu melakukan kesalahan.

Bila tindakan tegas diambil, ada pula suara sumbang yang mengkritik. Seolah-olah SPAD yang melakukan kesalahan. Sedangkan siapa yang melanggar undang-undang di sini?

Sebelum ini SPAD hanya sekadar mengeluarkan amaran dan denda kepada pengendali dan pemandu yang didapati tidak menggunakan meter. Disebabkan saban tahun amaran dikeluarkan, pemandu teksi ini tetap melakukan kesalahan. Ada diantara mereka melakukan kesalahan berulang-ulang.

Rasanya tempoh untuk bertolak ansur sudah tamat. Jadi tindakan menyita pemandu teksi in adalah bertepatan bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan mereka.

Para pemandu teksi, seharusnya sudah tahu garis panduan bila bawa teksi. Tapi masih ramai yang tidak patuh atau mereka sebenarnya pura-pura buat tidak tahu. Jadi apa jua alasan pemandu teksi , mereka tetap akan dikenakan tindakan tegas yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment