Friday, October 10, 2014

Laporan Polis oleh Pemandu Teksi Terhadap SPAD!


Nak gelak lebih-lebih kang! Dikatanya kita biadap, sombong itu ini semuanya buruk bagai. Ntah tetiba terasa nak bangkitkan tentang "inisiatif" pemandu teksi yang buat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Laporan polis itu dibuat oleh sekumpulan pemandu teksi yang mendakwa ketidakupayaan suruhanjaya dalam menangani isu perkhidmatan Uber di Malaysia. Mereka kata SPAD harus memastikan SISTEM industri teksi dilindungi. Antara kenyataan lain, SPAD bertanggungjawab memastikan kebajikan warga pemandu teksi negara terbela!?

Tiada apa kesalahan yang dibuat oleh kumpulan ini, kerana kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana entiti dalam pelbagai-bagai isu selagi ada peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi membolehkan tindakan susulan diambil. 

Tak ada apa yang gempak di sini. Biarkan sahaja polis melakukan siasatan. Sebab ini kepentingan awam. Tapi adakah pemandu teksi ini tahu berapa lama siasatan berjalan? dan bila hasil siasatan akan diperolehi?? Buat laporan memang senang! Memahami sudut SISTEM siasatan polis tu perlu ada jugak.

SPAD dari awal penubuhan sememangnya memastikan SISTEM pengangkutan awam di negara ini dipertingkat dan sentiasa dilindungi. Maka bukan teksi sahaja yang berada di bawah radar SPAD. Tapi SISTEM industri teksi ini sudah sekian lama dibentuk tetapi mengapa masih ramai pemandu teksi yang gagal mematuhinya? 

Kalau pemandu teksi sendiri tidak menghormati sistem yang dibentuk. Bagaimana mungkin kelestarian industri teksi dijamin kukuh di masa-masa akan datang. Dengan ini pemandu dan pengusah teksi juga perlu berganding bersama SPAD dalam memastikan kelangsungan industri teksi di negara ini. Macam mana nak buat? Ikutlah Sistem (undang-undang dan peraturan yang ditetapkan). 

Herannya mereka ni boleh jer buat laporan terhadap SPAD. Tapi adakah mereka ni punya TELOR untuk mengambil tindakan serupa dengan membuat laporan polis terhadap rakan mereka yang melanggar undang-undang (cth: tak guna meter). 

No comments:

Post a Comment