Friday, October 10, 2014

Puak Pembangkang Belit YB Hajah Nancy


Kalau tak pembangkang mana boleh tak berbelit cerita dorang ni. Jadi tak ada yang baharu tentang perangai puak-puak pembangkang ni, terus memfitnah dan tak sudah-sudah memutar belit kenyataan kerajaan. 

Beri penerangan semuka pun boleh diauta inikan pula kenyataan bertulis. Lagi lah syok macai-macai pembangkang nak pusing. Jawab balas yang diberikan cukup jelas dan positif tetapi dengan hanya cedok satu dua perenggan jer terus terbalik jadi kenyataan negatif. 

Begitulah situasi yang sedang dilalui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Hajah Nancy Shukri yang telah memberi jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng bertarikh 7 Oktober 2014 berhubung mengapa tiada pendakwaan dibuat ke atas Datuk Ibrahim Ali kerana ucapan yang dikatakan berbaur sentimen keagamaan beliau.

Keputusan dibuat adalah berlandaskan justifikasi yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), sebagai pihak yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa pendakwaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak AGC mengambil kira siasatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam setiap aduan yang dilaporkan serta meneliti konteks ucapan yang telah dibuat Ibrahim Ali yang berlandaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung sekatan pengembangan agama lain di kalangan penganut agama Islam. Pihak AGC mendapati tiada keterangan atau bukti kukuh bagi mendakwa Ibrahim Ali. 

Semua ini menunjukkan pihak AGC dan PDRM komited melakukan kajian terperinci bagi memastikan semuanya bertepatan dengan sistem perundangan negara. Tapi apa boleh buat! Itulah asam garam sebagai pemimpin. Nak tak nak kena terus konsisten beri penerangan dan bertindak lebih ofensif! Takkan hendak kekal defensif jer.

Janganlah buat-buat lupa perkara yang sama juga turut berlaku di kalangan puak pembangkang, di mana banyak ucapan yang berbaur sentimen agama, perkauman dan hasutan dibuat namun tiada pendakwaan dilakukan walaupun beratus-ratus laporan polis dilakukan.

Tak ingat? Mengapa tiada pendakwaan dibuat dalam majlis yang dihadiri oleh pemimpin pembangkang yang berdoa bermatlamatkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian? Mana pendakwaan kepada pemimpin auta pembangkang yang menghasut dalam insiden Lahad Datu? Belum lagi kita sentuh dalam setiap ucapan perhimpunan haram sebelum PRU14. PDRM boleh senaraikan berbuku-buku jika mahu.

Mana dia semua pendakwaan untuk semua tu? Sebagai rakyat Malaysia, perisik juga tidak berpuas hati kerana tiada pendakwaan dilakukan tetapi negara kita ada sistem dan proses perundangan yang perlu dipatuhi. Kita yang tidak memahami proses memang akan mudah melenting tetapi janganlah kita lagak seperti pakar perundangan pula.



No comments:

Post a Comment