Selain daripada itu, sistem pembayaran menggunakan perkhidmatan awam ini juga turut mengalami perubahan. Kalau bas dulu ada konduktor tiket yang mengutip wang tambang. Kini sistem digital seperti Touch N Go pula digunakan.
Di sini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang merangka pelan bagi mewujudkan satu sistem tiket/kad untuk kegunaan pelbagai jenis medium pengangkutan awam darat.
Bermakna satu tiket sudah cukup untuk pengguna menaiki bas kemudian perkhidmatan tren silih ganti. Sistem begini telah pun digunapakai di bandaraya maju seperti London dan Hong Kong. Nampak biasa?! Bagi yang pernah ke dua bandaraya ini akan lebih memahami.
Sebagai contoh, dengan satu kadar seperti RM10 untuk satu tiket/kad sudah cukup untuk manampung perjalanan pengguna dalam jangka masa tertentu selalunya 24jam.
Dalam tempoh 24jam itu, pengguna boleh menaiki bas berapa puluh kali atau bertukar ke sistem tren, sekali lagi naik tren berapa puluh kali dengan harga RM10 sahaja. Nilai dinyatakan ini adalah contoh, jika sambutan memberansangkan dan jumlah pengguna pengangkutan awam meningkat harga tersebut dijangka lebih rendah.
Namun begitu kos untuk melaksanakan sistem ini dianggarkan bernilai RM300juta. Kerana ia melibatkan implementasi dan integrasi pembayaran dengan beberapa pengendali. Apa-apa pun, cadangan ini perlu diadaptasi pada kadar segera kerana kelewatan perlaksanaan hanya akan meningkatkan lagi kos pembinaan sistem tersebut.
No comments:
Post a Comment