Wednesday, December 12, 2012

Lagi Saman Sampai Kepada Mazlan Aliman


Belum lagi selesai kes saman dari Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, Mazlan Aliman tambah lagi satu koleksi saman, kali ini dari Felda pula.

Beberapa minggu sudah Timbalan Menteri di JPM, Datuk Ahmad Maslan telah memberitahu bahawa akan menyaman Mazlan Aliman di atas kenyataan menfitnah Felda menjual minyak sawit kepada Israel. 

Kenyataan tersebut disusur dengan tindakan. 

Kini notis saman sudah dihantar pada 10 dan 11 Disember, tempoh 14 hari diberikan bermula dari tarikh tersebut kepada Mazlan Aliman serta media cetak pro pembangkang Haramkah dan Keldaian untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Fitnah tersebut dilakukan Aliman sewaktu perhimpunan di hadapan ibu pejabat Felda, Kuala Lumpur bulan lepas dengan memperkudakan pelajar-pelajar IPT. 

Kenapa pelajar IPT? Mana pergi penyokong tegar ANAK dan parti sekutunya? 

Rupanya ramai pengikut ANAK dah mula angkat kaki selepas mendapat tahu banyak gerakan mereka dicetuskan dengan menfitnah.

Diburukkan lagi yang pertubuhan ANAK ini sebuah pertubuhan haram. Kerana sehingga hari ini el presidente mereka masih gagal dan malas untuk mendaftarkannya. 

Pelajar IPT ini pula terpengaruh kerana sentimen kuat Rakyat Malaysia yang majoritinya Islam bencikan Israel. Jadi Mazlan Aliman mengambil kesempatan ini untuk mainkan isu Felda jual minyak kepada Israel. Maka berdesup pelajar-pelajar IPT ni turun tanpa memikirkan sejauh mana kebenarannya.

Kesudahannya ramai pelajar tepuk dahi selepas memahami proses perdagangan dunia. Kerana bahan dagangan boleh bertukar tangan tanpa pengetahuan dan kawalan pihak pengeluar. 

Jika dilihat dalam skalar yang lebih kecil, ianya sama dengan urusan jual beli kereta. Adakah Proton atau Perodua boleh tahu yang kenderaan keluaran mereka akan digunakan oleh pembunuh atau penculik?!

Pelajar-pelajar IPT patut mempersoal Mazlan Aliman dan konco-konconya mengapa ketua mereka, Anwar Ibrahim tandatangan deklarasi Annapolis bagi MENGIKTIRAF ISRAEL!!! PAKATAN IKTIRAF ISRAEL BACA SINI 




No comments:

Post a Comment