Monday, February 13, 2012

Whitney Houston Meninggal Dunia

<p class='caption'>In this photo provided by the Las Vegas News Bureau, <a href="/topics/Whitney_Houston">Whitney Houston</a> performs during the <a href="/topics/Billboard">Billboard</a> Awards at the MGM Grand in Las Vegas on Dec. 7, 1998.  Often referred to as the <a href="/topics/Queen_%28band%29">Queen</a> of Pop music at her best, Houston ex-wife of singer Bobby Brown, died Saturday, Feb. 11, 2012 at the age of 48. (AP Photo/Las Vegas News Bureau)</p><p class='credit'>Photo Credit: AP | February 12, 2012</p>
Whitney 1963-2012

Penyanyi Whitney Houston yang sepatutnya hadir ke Anugerah Grammy telah di jumpai mati pada hari Sabtu di Hotel Beverly Hilton, Baverly Hills. 

Sudah ada ura-ura yang mengatakan kematiannya ada kaitan dengan dadah. Ada juga yang mengatakan sebaliknya. 

Bagi rakan-rakan rapat, mereka berpendapat Whitney mengalami kekecewaan dan kemurungan kritikal sehingga menjejaskan perlakuan beliau. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang didirikan bersama penyanyi Bobby Brown.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca kematian sebenar.

Sumber: http://www.washingtonpost.com/local/obituaries/whitney-houston-dead-at-48-042/2012/02/11/gIQAI2kJ7Q_video.html

http://www.huffingtonpost.com/barry-michael-cooper/whitney-houston_b_1271188.html

Thursday, January 26, 2012

Transformasi Status Syarikat Felda Global Ventures


Transformasi yang dinanti-nantikan oleh para peneroka ini akhirnya terlaksana dalam Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH).

Kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 Januari telah merubah status FGVH kepada sebuah syarikat Berhad. Mulai dari saat ini, syarikat terbabit akan lebih dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad. 

Perubahan status ini adalah merupakan proses awal persediaan tawaran awam awal IPO syarikat itu menjelang Jun nanti.

Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata barisan penasihatnya kini berada dalam peringkat akhir menyediakan butiran penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia.



Masyarakat Felda sambut baik slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’

Slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat Felda di sini.

Yang Dipertua ISMA Cawangan Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim menegaskan bahawa slogan tersebut merupakan jalan penyelesaian yang praktikal kepada kemelut permasalahan jatidiri yang melanda umat Islam di tanahair kini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sempena program Kafilah Dakwah di Masjid Felda Jengka 9 di sini semalam.

Program ini dianjurkan bersama Biro Pendidikan Jengka 9, Badan Agama Jengka 9 dan ISMA Cawangan Temerloh.

Menurut Ustaz Rushdan, fokus ISMA dalam program Kafilah Dakwah ini untuk membina jatidiri Melayu Muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh dalam masyarakat.

Masyarakat Felda menjadi sasaran kerana mereka adalah masyarakat Melayu Muslim sepenuhnya, tambahnya.

“Program ini juga bertujuan untuk menyatupadukan dan membentuk kesepakatan di kalangan orang Melayu dalam menjayakan aspirasi Islam di Malaysia walaupun berbeza pandangan dan latar belakang,” ujar Ustaz Rushdan.

Menurut beliau, ISMA akan ‘turun padang’ bagi mendekati masyarakat khususnya masyarakat Felda dan memupuk penghayatan agama secara menyeluruh untuk membina umat yang bertamadun.

“Melihat masalah sosial yang berlaku terutama di dalam masyarakat Felda, timbul kesedaran ISMA di Pahang untuk memberi sumbangan kepada menyelesaikan masalah ini dengan menyedarkan masyarakat perlunya kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh dan kepentingan perpaduan serta persepakatan,” kata Ustaz Rushdan.

Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat Felda adalah unik kerana terbentuk hasil persepakatan politik di antara Tun Abdul Razak dan Dato’ Asri Muda pada zaman 70-an dahulu.

Program Kafilah Dakwah ini akan menjelajah ke semua Felda di negeri Pahang.

Sumber:- http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/masyarakat-felda-sambut-baik-slogan-%E2%80%98melayu-sepakat-islam-berdaulat%E2%80%99/

Tuesday, January 24, 2012

Tun Mahathir Paling Berpengaruh!

Walaupun mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah lebih 8 tahun tidak aktif berpolitik. 

Namun pengaruh beliau tidak dapat disangkal apabila mempunyai lebih 1.5 juta pengikut dari seluruh dunia dan Malaysia khususnya.

Datuk Seri Najib pula berada di tangga kedua dengan jumlah menghampiri 1 juta pengikut.

Angka ini menjadi bukti apabila jumlah pengikut semakin bertambah dari hari ke hari yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur terutamanya dari golongan belia Malaysia.

Juak-juak pembangkang terkinja mencanangkan yang kononnya pengaruh Najib semakin hilang sebagai Perdana Menteri. 

Sedangkan insan yang mereka gelar sebagai "ulul azmi", "imam mahdi" dan "nabi" hanya dengan jumlah kurang dari 350 ribu pengikut di kedudukan ke-5 dibelakang Tuan Guru Nik Aziz dan Haron Din



Perisik - PAS dilihat lebih berpengaruh tapi masih nak ikut belakang DAP dan PKR.

Orang Malaysia Terkaya Dunia Dengan Aset 20 Trilion!!


Memang dahsyat giler pengakuan seorang warga Malaysia kelahiran Tanjung Malim yang mengakui memiliki sejumlah aset bernilai RM20 Trilion!

Kamal Ashnawi mendakwa memiliki aset sebanyak itu dengan mengemukakan salinan bank HSBC di London.

Dah mengaku trillionaire. mengaku juga keturunan diraja dari Indonesia!?

Sumber kekayaan yang dimilikinya dikatakan berasal dari warisan diraja menerusi akaun Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat oleh keluarga diraja dunia pada 1875.

Beliau merupakan presiden dan CEO syarikat minyak Sierra Petroleum yang mempunyai jumlah perlaburan ber'trilion' dolar US. 

Nak baca lebih lanjut tentang senarai syarikat Sierra ni, boleh baca di jurnalmalaysia.com

perisik - RM20 trilion! Mengarut gilerr! 

Saturday, January 21, 2012

Lima Kepala Babi Di Pintu Masuk Masjid Di Johor!!

Masjid Al Falahiah
Seorang penjaga masjid menemui satu bungkusan yang mengandungi lima kepala babi di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pada pukul 6.30 pagi tadi.

Terdapat tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang turut ditemui berhampiran kawasan masjid tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis telah menubuhkan pasukan yang diketuai timbalannya Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian  tersebut.

Mokhtar Shariff
Mokhtar turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

Pada pukul 5.30 petang semalam, dua bungkusan yang disyaki tulang turut ditemui.

Pengerusi masjid, Kassim Darim berkata dalam kejadian petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi sisa babi berhampiran pagar belakang masjid.


Kassim memberitahu ini merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan masjid berkenaan. Ekoran dari itu satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, 100 orang, termasuk badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Friday, January 20, 2012

FGVH Terokai Industri Hiliran


Sabri Ahmad

Presiden dan Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad memberi penekanan untuk mengembangkan model perniagaan sedia ada kepada industri hiliran.

Buat masa ini model perniagaan FGVH banyak bergantung kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) yang turun naik.

Arah tuju FGVH ini dilihat bertepatan dimana dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran global MSM semata-mata. 

Industri hiliran ini adalah untuk menggalakkan pemprosesan bahan mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir yang boleh memberikan keuntungan berlipat kali ganda.

Konsep ini telah digunapakai di Malaysia sebelum ini tapi kini akan dirancakkan  dalam model perniagaan FGVH. 

Contohnya bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk jongkong dan dieskport ke negara barat.

Jongkong bijih timah tersebutlah yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta. 

Produk ini pula di hantar semula kepada kita dan akhirnya negara barat dan eropah lah yang menerima keuntungan besar dari hasil bumi kita.

Sebab itu Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ingin Malaysia menjadi negara industri yang jelas lebih banyak membawa keuntungan kepada negara. 

Kini langkah serupa diambil oleh FVGH dengan tujuan mengembangkan produk asas MSM Felda kepada beberapa produk akhir yang lebih menguntungkan. Antara yang berpotensi untuk dimajukan adalah penghasilah Bio-Diesel. 

Penghasilah Bio-Diesel ini adalah bersesuaian kerana mampu menjadi sumber bahan api alternatif bagi menggantikan petrol yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Untuk merealisasikan perancangan ini, FVGH masih dalam proses menyaring  bakal rakan kongsi yang mempunyai kapasiti untuk membawa masuk teknologi dan rangkaian pemasaran terbaik untuk Felda. 

Sudah kedengaran ura-ura beberapa nama besar dalam penghasilan produk pengguna akhir seperti syarikat Archer Daniel Midlands (ADM) dan Bunge Limited disenaraikan. Keputusan belum dimuktamadkan lagi.

Dua syarikat gergasi dari Amerika ini sememangnya terkenal dalam memproses bahan mentah asas (jagung, gandum, minyak sayur dll) kepada produk makanan, bahan api alternatif, bahan kimia, baja dan lain-lain produk yang mempunyai pasaran luas global.

Strategi ini bukan sahaja dapat menjamin kestabilan FGVH di masa hadapan malah dapat meningkatkan nilai pasaran saham apabila disenaraikan di bursa saham nanti.

Secara totalnya, semua ini bakal meningkatkan pendapatan para peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FGVH. 

Pakatan Pembangkang Hilang Kesepakatan

"Tuan Guru" Khalid Ibrahim

Sebelum ini artikel perisik sudah menyentuh hilangnya pengaruh pakatan pembangkang DI SINI. Paling ketara dalam konvensyen pakatan sendiri pada 14hb Januari lepas yang hanya dihadiri kurang dari 4,000 orang ahli. 

Sasaran yang diletakkan oleh mereka adalah 100,000 orang walhal lokasi konvensyen terbabit hanya mampu menyendat lebih kurang 20-30 ribu umat dalam satu masa. 

Macam biasa lah pembangkang ni, dah terbiasa berdakyah. Semua perkara nak bergegar cakap. Semasa beberapa siri perhimpunan haram mereka pun angka serupa dicanangkan, 100,000! Rasanya angka tersebut termasuk jumlah kutu-kutu di kepala para peserta perhimpunan haram.

Sekarang, pakatan semakin parah apabila hilang kesepakatan sesama mereka. Paling lawak pimpinan mereka melantik Tan Sri Khalid sebagai exco hal ehwal Islam selepas Dr Hassan Ali dipecat. 

Pengganti Hassan Ali iaitu ADUN Sijangkang, YB Dr Yunus dari PAS hanya sekadar memegang portfolio Belia dan Sukan. 

Perlantikan drastik ini telah membuatkan presiden PAS sendiri, Tuan Haji Hadi Awang bersuara "Hal Ehwal Islam Selangor Patut Diberikan Pada Adun PAS Bukannya Khalid Ibrahim PKR". 

Ahli PAS yang selama ini berdiri megah di belakang nama "Parti Islam Semalaysia" telah dikencingkan oleh rakan pakatan mereka sendiri. 

Ramai Ahli PAS terkejut, kerana ini bermaksud perlantikan exco baru ini telah membelakangkan kesepakatan pimpinan pakatan PKR-PAS-DAP. Kalau tidak mengapa Hadi Awang mempersoalkan keputusan perlantikan ini. 

Pakatan yang beriya-iya kononnya memperjuangkan demokrasi untuk rakyat. Tapi sebenarnya dasar demo"KERAS"i yang diamalkan dalam pakatan sendiri. 

tergagap sampai tak sengaja lantik diri sendiri 

Mereka dalam pakatan tahu bahawa perpecahan dan percakaran yang berlaku adalah berpunca dari kerakusan politik dalaman mereka. Tapi masih ada juga suara sumbang yang sempat berdakyah mengatakan ini semua kerja kotor UMNO/BN. 

Itulah akibatnya apabila dakyah menjadi lauk dan hidangan kepada ahli parti dan rakyat jelata sehingga barisan kepimpinan mereka terkeliru untuk membezakan sama ada fakta atau tahyul yang disampaikan. Sampai BIOL kepala otak mereka!!

Hakikatnya suara majoriti ahli PAS dan PKR sudah muak dan tidak sanggup meneruskan propaganda auta ini. Terbukti setiap propaganda yang digerakkan telah memakan diri mereka sendiri.

Mungkin selepas ini PAS perlu menukar nama kepada PKS - "Parti Kebajikan Semalaysia".  Kebajikan menjaga hati PKR dan DAP sehingga terlupa menjaga hati ahli sendiri. 


Perisik - Pejuang sejati PAS, Hassan Ali dan Nasaruddin Mat sudah dipijak dan diketepikan, kini yang tinggal hanya parasit yang gelojoh memamah PAS dari dalam. Tunggu apa lagi!

Sang Peneroka Baham Red Giants


Memang hebat!!! Pasukan Felda United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka dengan kemenangan 1-0.

Gol tunggal yang dijaringkan oleh Azrul Ahmad pada minit ke-32 telah memberikan tiga mata kepada pasukan skuad Sang Peneroka dalam aksi ketiga Liga Super yang berlangsung 17hb Jan lepas.

Pengendali Felda, E. Elavarasan berkata "Kemenangan itu memang satu kejutan kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang kuat dan tiga mata ini cukup berharga setelah pemain berjuang bermati-matian di atas padang."

‘‘Pujian harus diberikan kepada semua pemain terutama pada separuh masa kedua kerana dapat mengekang serangan yang dilakukan Selangor yang berusaha memburu gol penyamaan.” Tambah beliau lagi.

Warga peneroka berbangga di atas kejayaan ini dan berharap pasukan Sang Peneroka dapat meneruskan momentum kemenangan sehingga menjulang piala liga super. Insyaallah! Hidup Felda United!!

Thursday, January 19, 2012

Pakatan Hilang Pengaruh!!

Hilang pengaruh ni bukanlah perkara baru, kerana ramai ahli-ahli pakatan yang dulu ekstrem dalam memperjuangkan parti mula kendur semangat sejak beberapa isu yang mula membuka mata mereka mengenai dalaman parti mereka.

Isu liwat Anwar Ibrahim paling banyak menjadi bualan mulut ahli pakatan dari mula Anwar ke mahkamah. Setelah Saiful bersumpah laknat di dalam masjid kerana salah laku pemimpin mereka sendiri, ramai berfikir kerana ikrar sumpah yang dibacakan bukan perkara yang boleh di buat main-main. 

Sekali lagi penyokong tegar pembangkang dikejutkan dengan salah laku pemimpin mereka sendiri. Apabila Dtk Eskay pula melafazkan ikrar sumpah di atas isu video seks yang membabitkan Anwar.

Ekoran dari itu, majoriti rakyat khususnya penyokong pakatan mengharapkan yang Anwar turut akan melakukan sumpah laknat bagi menidakkan segala tohmahan. Mereka semua menanti tindakan balas oleh Anwar, namun jangkaan mereka jauh meleset sama sekali. 

Malah Dr MAZA sendiri mengatakan yang beliau harus melakukan pekara serupa seperti Saiful dan Datuk Eskay iaitu bersumpah laknat bagi membersihkan segala fitnah. Persoalan timbul dalam batu jemala penyokong. Kalau tidak bersalah mengapa takut hendak bersumpah laknat. 

Ramai penyokong pakatan mula dahagakan kebenaran dari pemimpin mereka. Tapi tiada satu pun dapat memberikan jawapan yang memuaskan. 

Walaupun Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah di Mahkamah. Ahli PAS dan PKR sudah bijak menilai keputusan terbabit dan mereka meyuarakan melalui konvensyen yang berlangsung 14hb lepas. 

Anggaran 100 ribu yang dicanangkan, walhal hanya 3,000-4,000 sahaja ahli pakatan hadir ke konvensyen terbabit. Di dalam hebahan blog mereka dan twitter memberitahu kononnya sambutan amat menggalakkan. Dari gambar awal artikel ini, pembaca sudah boleh menilai sendiri bagaimana gambaran sokongan ahli pakatan sendiri terhadap parti mereka.


Hakikatnya, sudah terpampang di hadapan kita sendiri. Rakyat sudah berikan MANDAT selama Tiga tahun ini, tapi telah disia-siakan oleh pemerintahan pakatan pembangkang. Warga ahli PAS dan PKR sendiri tahu akan kelemahan ini dan tidak sanggup bersengkongkol dengan wayang mainan parti mereka.