Monday, September 25, 2017

Tidak Berjawatan Tapi Memerintah


Itulah gambaran kita lihat pada gerakan DAP dalam usaha menguasai politik tanah air. Jika ingat pada kemenangan pakatan menguasai Perak dalam PRU lepas bukan sahaja mengejutkan ramai pihak.

Apa yang lebih mengejutkan adalah gerak licik DAP yang seakan dorman hakikatnya tetap berkuasa dalam menentukan dasar dan pemerintahan negeri. Banyak kejutan perubahan dasar dan siri kebiadapan dilakukan oleh pakatan ini.

Walaupun jawatan tertinggi negeri dikuasai PAS. Namun yang memerintah adalah DAP. Bagaimana sebuah kampung baru cina diberikan hak pajakan sehingga 999 tahun! Seterusnya tidak mungkin kita lupa kebiadapan pakatan pada institusi istana.

Memang susuk tubuh penyokong PAS yang kita ingat yang menghalang kenderaan Sultan Perak ketika itu. Tapi DAP lah yang menjadi cetusan kepada tindakan itu sekaligus menjurus kepada tindakan MB Nizar yang mohon derhaka terhadap Sultan.

Hari ni, skrip serupa berulang. Kali ini di negeri Selangor. Lihat sahaja bagaimana rumah urut dan kelab malam bercambah. Dari angka sekitar 800 unit pada 2007 meningkat kepada 20,000 unit. Apakah PKR dan PAS tidak nampak data ini? Mengapa mereka membiarkan?

Mereka tahu, tapi mereka lebih takutkan kepada tokong DAP berbanding kepada murka Allah swt. Pusat maksiat, kilang haram dipelihara dan subur di bumi selangor. Tapi kedai makan dan gerai meniaga orang melayu di sita dan diroboh tanpa ragu.

Jelaslah bahawa semua ini adalah percaturan DAP yang menguasai negeri tanpa memerlukan mereka duduk di atas takhtanya.

No comments:

Post a Comment