Thursday, October 19, 2017

DAP Membela Islam? Jangan Lupa Fakta Ini



Mengatakan parti chauvanis DAP sebagai membela Islam bukan sahaja dilihat pelik oleh orang melayu. Malah kaum cina sendiri merasa lucu dengan kenyataan begini. Apakah kita hendak membiarkan diri diperbodohkan dengan mainan wayang DAP ini.

Kerana kita perlu ingat bahawa tiada istilah membela Islam dalam agenda DAP. Cuba memahami Islam itu sendiri pun mereka mengambil sikap acuh tidak acuh. Agenda Islam pun mereka tentang habis-habisan. Bagaimana mungkin mereka jadi hero bagi umat Islam.

Tidakkah kita lupa pada insiden bantahan azan di Bandar Kinrara Seksyen 5 yang disokong oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok. Jangan juga lupa isu cubaan murtad di sebuah gereja di USJ. Sekali lagi Ahli Parlimen Seputeh terlibat dan ditahan ketika pemeriksaan dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Bagaimana pula dengan pendedahan bekas Pengarah Strategi DAP sendiri yang mengatakan pakatan terutama DAP berhubung rapat dengan gerakan mubaligh dalam menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Perkara ini berlaku sewaktu jamuan di Sarawak. 


Soal perlaksanaan Hudud dan RUU355 juga mereka tentang habis-habisan. Walhal perkara tersebut tiada kaitan langsung dengan bukan Islam. Mengapa DAP terlebih melatah lancang mengutuk pindaan RUU ini. 



Terbaru dengan penganjuran pesta arak, sekali lagi DAP jadi hero mempertahankan pesta terbabit. Walhal larangan dan amaran serangan pengganas sudah ditegaskan oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak polis. Namun DAP tetap berkeras dan cuba merubah nama pesta terbabit bagi menghalalkan acara tersebut.


Jadi disini, indikasi apa yang digunapakai untuk menjadikan DAP sebagai pembela Islam?

No comments:

Post a Comment