Tiada usaha keras perlu dilakukan. Semua niat jahat terbongkar dengan sendiri. Dalam isu 1MDB pelbagai tohmahan dilempar. Namun jumlah dimainkan oleh pihak Mahathir sendiri tidak konsisten. Awal tuduhan RM30 billion kemudian RM40 selepas itu RM50billion.
Bila ditanya mana buktinya. Beliau jawab "TIADA".
Dalam isu BR1M beliau memperlekehkan usaha kerajaan BN ini sebagai membazir. Malah mengeluarkan fatwa sendiri bahawa BR1M adalah rasuah.
Bukan susah menyangkal dakwaan semberono begini. Beliau barangkali lupa dengan pengenalan subsidi sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri. Bukankah subsidi ini juga ditakrif sebagai rasuah?
Hakikatnya mekanisma BR1M adalah lebih baik berbanding subsidi. Kerana ketirisan dapat dikawal sebaik mungkin dimana bantuan kerajaan disampaikan kepada golongan sasaran.
Bukan seperti subsidi dimana orang kaya berkereta import dan warga asing turut menerima bantuan. Belum lagi dikira dengan kes penyeludupan petrol dan minyak masak bersubsidi ke negara jiran. Dianggarkan jumlah kerugian ditanggung melebihi RM1billion setahun.
Dalam isu Scorpene pula, Mahathir melalui jenteranya galak memfitnah isu penyelewengan pembelian kapal selam terbabit. Tidak cukup diungkit kembali kematian Altantuya sebagai rencah tambahan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri DS Najib.
Mahathir barangkali lupa bahawa urusan pembelian kapal selam berlaku di zaman pentadbirannya. Selaku Menteri Kewangan waktu itu, adalah mustahil beliau tidak tahu menahi tentang pembelian terbabit. Malah pengakuan penglibatan turut direkodkan oleh beliau sendiri.
Jentera parti bunga ramai tidak sedar akan fakta ini. Ramai terlalu taksub mengikut hingga buta untuk melihat fakta ini. Jadilah mereka kelasi bersama kapten belayar di daratan tandus.
Cuma tampak bergaya. Tapi tak kemana.
No comments:
Post a Comment