Tuesday, July 25, 2017

Disebalik Carta Barisan Kepimpinan Pakatan



Benda pertama yang terpacul di kalangan netizen apabila melihat carta kepimpinan baharu pakatan ini adalah LAWAK! Bagaimana tak lawaknya jawatan paling utama diwujudkan sehingga tiga? Ini bukan syarikat konglomerat atau multilevel yang perlukan posisi jawatan sedemikian.

Jawatan-jawatan terbabit adalah Pengerusi, Tun Mahathir, Presiden, DS Wan Azizah dan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim. Imej parti anak beranak teserlah apabila Suami Isteri memegang jawatan Pakatan Harapan tertinggi dalam parti.  Bertambah lawaknya kerana nama pesalah liwat diletakkan ditahap tertinggi untuk mengepalai ahli-ahli pakatan harapan. 


Geli pula bila melihat situasi begini dibiarkan berlaku dalam parti. Barangkali liwat, LGBT atau seks songsang ini adalah lumrah dalam pakatan harapan. Bukan sesuatu yang perlu dipertikaikan kerana apa yang penting bagi kepimpinan parti Pakatan Harapan adalah menjatuhkan Kerajaan BN dan mencapai Putrajaya.

Apa yang peliknya hanya nama Lim Guan Eng sahaja dari DAP dimasukkan ke dalam senarai barisan kepimpinan Pakatan Harapan. Musykil juga dibuatnya apabila melihat DAP selaku parti paling senior dalam pakatan dan parti menguasai paling banyak kerusi di parlimen hanya meletakkan satu nama.

Mengapa? 

Barangkali ada benarnya apa yang dikata oleh Tan Sri Anuar Musa tentang DAP.
"Membunuh dengan pisau yang dipinjam.." 

Itulah yang sedang diatur oleh DAP bagi menghadapi PRU akan datang. Kerana pengaruh undi cina majoritinya masih condong kepada DAP. Masalah pakatan sekarang adalah dalam memenangi pengundi melayu. Meletakkan hanya Guan Eng dalam carta adalah satu permainan politik yang licik DAP dalam menembusi kubu-kubu kuat melayu.

Hakikatnya DAP lah yang masih berkuasa mutlak dalam menentukan hala tuju pakatan harapan. Penentu kuasa bukan pada carta terbabi, tapi adalah di parlimen,

No comments:

Post a Comment