Thursday, March 23, 2017

Undur Dari Saingan Kerusi Presiden FAM! Annuar Musa Tepati Janji!


Ramai terkejut dengan pengumuman Tan Sri Annuar Musa (TSAM) menarik diri dari merebut kerusi Presiden FAM bagi sesi 2017-2021. Rupa-rupanya perkara ini sudah pun dicatur awal oleh TSAM tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Semua telah diperjelaskan dalam sidang media khas baru-baru ini. 

Beliau mendedahkan kepada media bahawa pada 16 November tahun lalu, satu pesanan teks SMS telah dihantar kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) bagi mencadangkan baginda memegang jawatan Presiden FAM.


"Waktu itu saya ada berjanji untuk ikhtiarkan agar baginda menang TANPA BERTANDING. Hari ini saya tunaikan janji itu" katanya.

Namun begitu ada beberapa perkara lain turut dinyatakan yang menjadi sebab-sebab pengunduran. Antaranya adalah bagi menumpukan kepada tugasan parti iaitu sebagai wakil rakyat bagi Parlimen Ketereh dan juga sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. 


Tindakan ini berikutan Pilihanraya Umum ke-14 boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan sudah pasti pelbagai persiapan kempen serta jentera perlu direncana sebaik mungkin. Selain itu, beliau juga ingin fokus bagi membantu  mempertingkatkan program pasukan bola sepak negeri Kelantan, 
The Red Warriors.

Ini sekali gus menolak segala tuduhan dan rekayasa yang kononnya TSAM akan memenangi jawatan Presiden FAM dengan sokongan perwakilan yang diarahkan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Ternyata fitnah begini sengaja ditimbulkan bagi menjejaskan keharmonian hubungan antara FAM dan KBS.

Dengan pengunduran TSAM ini, FAM di bawah kepimpinan TMJ perlu diberi peluang seluas-luasnya bagi mencorak bola sepak negara ke tahap lebih tinggi. Sekalung tahniah kepada DYTM TMJ dan barisan Exco FAM yang baharu. 

No comments:

Post a Comment