Wednesday, March 29, 2017

Lim Kit Siang Rasis & RM50ribu


RM50,000!! Itulah tawaran ganjaran yang dibuka kepada orang ramai bagi menulis mengenai ahli parlimen Gelang Patah DAP, Lim Kit Siang. Pengumuman mengenai pertandingan ini dibuat sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini ganjaran awal adalah RM10,000. Bila ganjarannya meningkat kepada sekarang, ia mendapat perhatian wartawan dalam dan luar negara. Pemenang akan dipilih berdasarkan fakta-fakta yang mengaitkan bertapa rasisnya Lim Kit Siang ini dalam setiap ucapan dan tindakan samada direct atau indirect.

Pastikan peserta menggunakan tajuk tulisan "Lim Kit Siang rasis, anti Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?". Pengisian tulisan mestilah berlandaskan fakta dan lebih menarik jika diselitkan infografik atau video pendek yang bertepatan dengan tajuk tadi.

Pelbagai reaksi diterima selepas pengumuman Annuar Musa ini. Ketara di pihak DAP ada yang melompat ada juga yang bersorak. Ini menggambarkan DAP sudah mula berpecah kepada kelompok yang angguk sahaja kepada kepimpinan dinasti LKS dan kelompok yang menentang.

Jika tidak takkan kepimpinan DAP Melaka bergegar baru-baru ini dengan pengumuman empat wakil rakyanya (satu ahli parlimen dan tiga ADUN) yang keluar parti pada Februari lalu. Diikuti pula dengan 182 ahli DAP Melaka keluar parti pada awal Mac.

Kepincangan dalaman DAP bukan sahaja di Melaka malah DAP Pulau Pinang turut bergolak dengan krisis kepimpinan apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa kerana isu banglo #noswimmingpool. Belum lagi disentuh mengenai jual beli tanah, penggondolan bukit, banjir, kajian terowong dan lain-lain.

Apa-apa pun fokus disini adalah membongkar sisi gelap LKS. Individu yang antara menjadi punca tercetusnya inside hitam di tanah air. Bekas-bekas ahli DAP sendiri telah membongkar mengenai LKS. Sama-sama kita nantikan rangkuman artikel analisis dari ratusan peserta pertandingan. RM50,000! 

No comments:

Post a Comment