Wednesday, March 22, 2017

SPAD Respon Pantas Cekup Pemandu Bas Samseng!


Pada 19 Mac lalu pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima aduan berkaitan rakaman video pemandu bas ekspres yang memandu dalam keadaan berbahaya di laluan Lebuhraya Karak. 

Video yang menjadi tular di laman Facebook itu telah disiasat dan tindakan susulan telah diambil pada hari yang sama. Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.


Pihak penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu bas syarikat Darul Naim Sdn Bhd terbabit untuk diambil keterangan dan menggantung permit perkhidmatan serta merta bagi membantu siasatan.

Susulan daripada itu syarikat pengendali terbabit turut dipanggil untuk memberi keterangan dua hari kemudian pada 21 Mac. Pihak SPAD turut bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pmandu bas ekspres yang membahayakan penumpang dan pengguna jalanraya yang lain.

Sikap pemandu samseng ini bukanlah sesuatu yang baharu, dan bukan sahaja berlaku dikalangan pengendali industri bas. Ia turut dikesan berlaku dalam perkhidmatan lain seperti teksi. 


Barangkali ada yang mencetuskan kemarahan pemandu bas terbabit sehingga berlaku insiden kejar-mengejar dan himpit-menghimpit kenderaan seperti dalam video tadi. Apa jua puncanya, tidak bererti pemandu bas boleh mengambil keputusan undang-undang di tangan sendiri. 

Tindakan terburu-buru beginilah yang mengundang kecelakaan sehingga meragut pengguna jalanraya yang lain. Kali ini mungkin tiada insiden. Tapi perlukan kita menunggu bahana menimpa yang membawa kepada kehilangan orang tersayang juga penggantungan permit/lesen pengendali seluruh syarikat.

Disebabkan kemarahan seorang pemandu, seluruh syarikat pula yang terima padahnya. Diharap pemandu bas terbabit mendapat hukuman yang setimpal supaya menjadi contoh kepada yang lain.

No comments:

Post a Comment