Dari siasatan, rekod audio memperdengarkan kebimbangan juruterbang tentang kebocoran atau tumpahan cecair hidraulik. Kesan tumpahan minyak telah diperolehi di lokasi pendaratan di padang sebuah sekolah Muadzam Shah, Pahang. Selain itu terdapat juga kesan pada roda kiri helikopter yang terbenam sedalam 20 inci ketika mendarat di sekolah tersebut.
Perkara ini memberi gambaran kemungkinan besar bahagian ekor penstabil kiri dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan. Namun tiada sebarang panggilan kecemasan diterima antara 4.31 petang hingga 4.52 petang sehinggalah helikopter berhampiran membuat panggilan kepada ATC bagi melaporkan insiden yang menimpa helikopter terbabit.
Sehingga kini, pasukan penyiasat masih belum menemui serpihan sirip berkenaan. Penemuan bahagian sirip ini penting bagi menentukan sama ada ia kerosakan yang berlaku ketika pendaratan di padang sekolah atau kelemahan mekanikal lain.
Oleh itu, orang ramai terutamanya penduduk tempatan diseru memberi kerjasama untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika menemui bahagian sirip ini. Ia dijangka dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul tentang nahas ini.
No comments:
Post a Comment