Monday, June 23, 2014

Gemas-Gua Musang Laluan Keretapi Maut??

 

Adakah kita menanti gelaran sebegitu diberikan kepada laluan keretapi Gemas-Gua Musang? Jika tiada usaha drastik selenggaraan dilakukan, gelaran terbabit bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Mungkin ramai sudah sedia maklum akan kekecohan yang ditimbulkan oleh segelintir umat yang bantah penutupan laluan Gemas-Gua Musang ini. Apa yang mereka nampak hanya satu sudut sahaja tanpa melihat sudut-sudut lain yang lebih penting.

Mereka yang membantah, mengatakan bahawa penutupan ini menyusahkan pengguna di sepanjang laluan Gemas-Gua Musang. Mungkin ada dikalangan penduduk dilaluan tersebut bakal terjejas pendapatannya. Perisik tidak berminat untuk menunding siapa yang membantah. Tapi mari kita lihat dan menilai sudut-sudut lain yang ada!

Apa yang mereka tidak nampak adalah penutupan tersebut hanyalah untuk sementara bukan untuk selamanya. Tujuan penutupan ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja selenggara laluan rel tersebut dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efektif.



Adakah mereka tidak tahu bahawa laluan Gemas-Gua Musang merupakan antara laluan keretapi tertua di Malaysia dan kali terakhir kerja-kerja naik taraf dilakukan adalah pada tahun 1981 iaitu lebih 30 tahun yang lalu! Sudah tentu sudah timbul tanda kelemahan pada struktur rel terbabit.

Janganlah mereka yang membantah penutupan ini, ambil mudah akan soal keselamatan pengguna rel keretapi. Menurut kaji selidik dan audit landasan, terdapat 11 lokasi kritikal dikesan dan memerlukan pembaikan segera. Ia termasuk dua jambatan lama iaitu Guilermard Bridge dan MR Wheel Bridge. 



Kerajaan pusat sedia maklum akan kondisi laluan ini dan telah memperuntukkan sejumlah RM400juta untuk melakukan kerja-kerja pemulihan landasan.



Sepatutnya usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Keretapi Tanah Melayu Berhad ini dipuji kerana tuntas dalam mencegah perkara lebih buruk berlaku. Takkan pihak yang membantah mahu insiden gerabak gelincir sehingga mengorbankan nyawa berlaku baru hendak buat penutupan. 



Jika menanti insiden berlaku, sudah tentu SPAD dan KTMB turut akan dipersalahkan kerana dikata lambat bertindak. Lebih buruk kebolehpercayaan perkhidmatan rel keretapi di negara ini mula dipersoalkan sekaligus menjejaskan pendapatan pihak syarikat.

Bila sudah sampai pendapatan syarikat terjejas. Adakah pihak membantah memikirkan bagaimana dengan nasib kakitangan yang bernaung di bawahnya? Seperti kebiasaan bila kerugian melanda syarikat, penstrukturan semula terpaksa dilakukan dan bermakna kakitangan terpaksa dikurangkan.   

Adakah ini yang pihak membantah mahukan? Sila fikir masak-masak sebelum membuta tuli menunding. Ini soal keselamatan dan soal nyawa. Sepatutnya kita berganding bahu menyokong dan mencari penyelesaian terbaik supaya perkhidmatan keretapi di negara ini kekal selamat dan selesa kepada pengguna. 


No comments:

Post a Comment