Sunday, June 29, 2014

SPAD mampu capai KPI Transformasi Pengangkutan Awam


Keyakinan itu disuarakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasakan transformasi yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mampu mencapai sasaran 25% menjelang 2015. Ini berikutan peratusan pengguna perkhidmatan awam tahun ini mencecah 21% berbanding empat tahun lalu.

Kalau dilihat pada sasaran purata bulanan penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak yang ditetapkan pada akhir 2013 adalah seramai 400,000 orang. Namun kita berjaya melebihi sasaran iaitu dengan 437,525 orang penumpang waktu puncak setiap bulan iaitu peningkatan 21% dari tahun sebelumnya. 

“Saya percaya peningkatan jumlah pengguna pengangkutan awam ini disebabkan beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan Kerajaan. Antaranya, penambahan kapasiti set tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga kepada enam gerabak dan pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu yang strategik seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan,” kata Muhyiddin.

Beliau berpendapat usaha insentif yang dilaksanakan di bawah kerangka Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)- Pengangkutan Awam Bandar, sasaran 750,000 penumpang pada waktu puncak mampu direalisasikan menjelang tahun hadapan selain 75 peratus rakyat akan mempunyai akses kepada laluan pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment