Monday, May 12, 2014

Transformasi Khidmat Teksi Setaraf Negara Maju


Usaha ini bakal menjadi realiti melalui skim Teksi 1Malaysia yang merupakan inisiatif kerajaan dalam mentransformasi pengangkutan awam di negara ini. Kerjasama dia ntara pihak pengendali dengan kerajaan perlulah selaras bagi memastikan sasaran dicapai.

Melalui skim TEKS1M, sebanyak 2,604 buah teksi bandar dan eksekutif akan beralih arah kepada model kenderaan Proton Exora menjelan akhir 2014. Proses peralihan ini bukan sahaja tertumpu kepada Lembah Klang, malah Johor Bahru dan Pulau Pinang turut terlibat.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar sebanyak 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif beroperasi di tiga negeri dinyatakan tadi. Dijangka semua teksi tersebut akan melalui proses transformasi itu apabila kenderaan yang digunakan sebagai teksi mencecah usia 10 tahun.

"Sekarang, sebanyak 2,604 teksi bandar dan eksekutif sedang menghampiri had umur 10 tahun, manakala hampir 50 peratus lagi dalam tempoh lima tahun akan datang. Peralihan semua teksi sedia ada kepada TEKS1M adalah untuk menyediakan khidmat pengangkutan darat lebih baik dan setaraf dengan London, New York, Tokyo dan Dubai,” kata Syed Hamid.

2 comments:

  1. Buat apalah nak mentranformasikan perkhidmatan teksi jika pemandu teksi boleh pilih2 destinasi mana nak perginya. Sini tak boleh sana tak boleh, jalan sesak, tak tahu di mana terletaknya destinasi, tak tahu laluan ke sesuatu destinasi, tak mahu guna meter dan banyak lagi.

    Saya sendiri sukar mendapat khidmat teksi untuk ke hospital. Bila mengguna khidmat MyTeksi dipaparkan ada beratus teksi dekat kawasan saya tetapi apabila confirm peasanan maka reimalah jawapan "Ooops! Tiada teksi."

    Saya dah bosan hal perkhidmatan teksi di sini. Hapuskan sahaja semua teksi dan perkenalkan tut tut seperti di jakarta dan Bangkok dan juga bandar2 besar di India. Senang....

    ReplyDelete
  2. Bkn pertama kali audn seperti anon 9:12 diterima. Walaupun isu ini masih terpencil, namun ini tidak bermakna pihak SPAD ambil mudah akan perkara ini. Oleh itu harap, anon panjangkan aduan melalui hotline - 1800 88 7723, twitter dan facebook rasmi SPAD bagi tindakan susulan.

    ReplyDelete