Monday, May 12, 2014

KLIA Ekspres Antara Terpantas Di Malaysia!


Tahukah anda bahawa KLIA ekspres yang menghubungkan antara KL Sentral dengan Lapangan Terbang Antarabangsa di Sepang merupakan antara perkhidmatan keretapi terpantas di Malaysia. Keretapi ekspres ini turut menyediakan khidmat henti-henti di beberapa stesen yand disediakan.

KLIA ekspres ini mampu mencapai kelajuan maksimum 176 km/j dan mengambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke destinasi. Para penumpang adakalanya tidak perasan apabila keretapi mencapai kelajuan maksimum ini. Ini berikutan kemajuan teknologi yang digunakan bagi membina infrastruktur landasan dan kualiti kenderaan itu sendiri.



Perkhidmatan KLIA ekspres telah beoperasi secara rasmi pada 14 April 2002 dan jumlah penumpang terus meningkat 20-30% setahun. Perkembangan ini menunjukkan perkhidmatan rel ini terus mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia sebagai medium pengangkutan utama untuk ke lapangan terbang. 

Fakta menarik:
- Keretapi KLIA ekspres terdiri daripada empat gerabak iaitu 2 gerabak penarik dan dua gerabak pengikut.
- 120 tan berat keretapi KLIA ekspres
- Membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa dan boleh dipertingkatkan keupayaan membawa sehingga 300 orang penumpang apabila gerabak ditambah menjadi lapan buah.

No comments:

Post a Comment