Tuesday, July 5, 2011

PM turun Jengka 7 Julai buat pengumuman penting


Saya dapat tahu pada 7 Julai ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan turun ke Bandar Jengka, Pahang untuk melancarkan sambutan Hari Peneroka 2011. Khabarnya dia juga akan buat pengumuman penting. 

Rasa-rasanya Perdana Menteri nak bagi ole-ole yang pasti menggembirakan golongan peneroka di situ. Apa agaknya ya? Nampak gaya, saya kena turunlah ke Stadium Mini Jengka. Yang pasti, apa yang saya lihat, Bandar Jengka sudah dihiasi indah. Kain rentang dan bunting dengan gambar Perdana Menteri sudah kelihatan di merata tempat. 

Turut terpampang di kain rentang di sekitar Bandar Jengka ialah tema hari peneroka kali ini, iaitu "Melestarikan Kesejahteraan Peneroka". Mak oi, panjangnya tema dan berbelit lidah nak menyebut!


Selain kedatangan Perdana Menteri, macam-macam acara disediakan baik untuk orang tua mahupun orang muda dari pagi sampai malam. Khabarnya lebih dari 10,000 peneroka dari seluruh Pahang akan memenuhi bandar itu. Saya dapat tahu mungkin RTM akan buat siaran langsung.


Yang pasti bandar Jengka pada 7 Julai ini pasti penuh sesak bukan saja dengan orang Pahang, tetapi juga orang luar. Asalkan mereka datang bukan untuk buat demo, sudah! Kepada  FELDA, selamat menyambut ulangtahun ke-55!

No comments:

Post a Comment