Akibat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri! begitulah nasib yang menimpa pengerusi Persatuan Anak Felda (ANAK), Mazlan Aliman! Akibat terlalu ghairah nak menyaman FELDA, tetapi akhirnya dia yang kena bayar!
Pada 17 Ogos tahun lalu, Mazlan Aliman, mengemukakan saman RM20 juta ke atas empat pihak, termasuk kerajaan yang didakwanya membuat penahanan dan tangkapan menyalahi undang-undang selepas dia menghadiri sebuah mesyuarat di rumah peneroka di Raub pada Mac 2010.
Ketika mengemukakan tuntutan saman itu tahun lalu, Mazlan, 45, tahun telah menamakan Awang Sulong, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya ketika itu), FELDA dan Kerajaan sebagai defendan.
Tetapi pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Temerloh bukan sahaja mengetepikan saman Mazlan itu, malah mengarahnya membayar pula Felda dan Awang Sulong, RM8 ribu setiap seorang. Mahkamah juga menolak permohonan Mazlan supaya mengisytiharkan penahanannya pada tahun lalu itu menyalahi undang-undang.
Memang kelakar nasib Mazlan Aliman, yang selama ini tak henti-henti mencari kesalahan Felda! Sudah-sudahlah itu Mazlan. Nak dekat puasa ini, bertaubatlah!
Muka si Mazlan ni pun aku tgk cam dah tak de Nur je, maklum lah keje dia tabur fitnah dan sebar fitnah dalam setiap rancangan FELDA. Dia lupa bahawa adik beradik dia dan termasuk diri dia tu sendiri dibesarkan dan disuapkan nasi oleh ibunya hasil titik peluh ayahnya yang masuk rancangan FELDA. Apa la salahnya anda berbakti balik pada FELDA, bukannya menabur fitnah wahai Encik Mazlan oiii....Bayar la saman tu ya wakakakakak....
ReplyDeleteNasib anak Felda
ReplyDelete