Thursday, April 7, 2011

Kes Felda Saman Wan Azizah – PM mungkin dipanggil jadi saksi?


Saya dapat tahu daripada rakan-rakan wartawan yang selalu membuat liputan mahkamah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mungkin akan dipanggil menjadi saksi dalam kes Felda menyaman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini berikutan dua plaintif, telah menyebut namanya terbabit dalam membuat keputusan membeli bangunan baru Felda berhampiran KLCC. Dengarnya peguam bela Wan Azizah sudahpun membuat permohonan itu di mahkamah.

Pada 16 Ogos tahun lalu Felda menerusi Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd telah mengemukakan saman RM200 juta terhadap Wan Azizah, timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan empat orang lain yang mendakwa Felda telah bangkrap serta tuduhan palsu terhadap pembelian bangunan Felda itu. 

Kenyataan itu disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan pada edisi 22-29 Jun 2010.Empat defenden yang terbabit Penerbit Suara keadilan, Pelita Koridor Sdn Bhd, pengarangnya, Dzulkarnain Raib, wartawan Runizam Mahat dan syarikat percetakan NPK Sdn Bhd.

Pada Januari tahun ini Felda juga telah menyaman  Datuk Dr Tan Kee Kwong kerana membuat kenyataan berunsur fitnah. Dr Tan disaman RM200 juta kerana menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Felda dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh akhbar yang sama pada edisi 22-29 Jun tahun lalu.

Felda Global mendakwa kenyataan fitnah itu disiarkan dalam mukasurat hadapan artikel berjudul “Kontroversi.” Artikel itu bersambung di mukasurat tiga di bawah tajuk “Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu .”

Dr Tan meninggalkan Gerakan untuk menyertai PKR pada September 2008.  Sebelum itu dia pernah menjadi Timbalan Menteri pada 1999 sehingga 2004 dan Ahli Parlimen Segambut dari 1995-2004.

No comments:

Post a Comment